Oleh pada 09 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @fikryibrahim

     

Drama rantaian terbaharu, Kau Yang Pertama bakal ke udara di slot Akasia TV3 mulai minggu hadapan.

Menerusi pemerhatian Iluminasi di laman sosial, rata-rata peminat drama melayu teruja menantikannya dan menganggap plot penceritaan yang diketengahkan amat menarik.

Tidak ketinggalan, peminat menyifatkan siri ini sebagai 'reunion' drama Cik Reen Encik Ngok Ngek kerana gandingan teraju utama yang sama.

Sementara menantikan tayangan episod pertama, kami kongsikan kepada anda beberapa info menarik yang anda perlu tahu mengenai drama 28 episod terbitan syarikat produksi, Sha's Media Sdn Bhd ini.

    

Sinopsis

Angkara benci, mahligai cinta atas dasar ketulusan akhirnya hancur.

Hatinya dipaksa untuk bertukar arah.

Ikatan yang terjalin tanpa kerelaan hanya membawa kepada rasa seksa yang menanti retak.

    

sinopsis drama kau yang pertama

Kredit foto: Instagram @fikryibrahim

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah, selain barisan pelakon pembantu seperti Tasha Shilla, Wan Ellyas, Yusof Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Mambo dan Wan Nor Azlin.

    

pelakon drama kau yang pertama

Kredit foto: Instagram @fikryibrahim

      

Pengarah

Arahan sutradara Hadith Omar yang sebelum ini pernah menggarap drama fenomena, Cik Reen Encik Ngok Ngek dan Red Velvet.

    

Kredit video: Youtube Alif Satar

    

Lagu Tema (OST)

Lagu I Want You To Love Me dendangan Alif Satar dipilih menjadi runut bunyi. Melodi single terbaharu Alif hasil sentuhan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan, manakala lirik nukilan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan dan Alif Satar.

    

Waktu Siaran

Bermula 12 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Instagram @hadithomar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)