Kredit foto: Instagram @dramasangat
Konsep cerita adaptasi novel yang dibentangkan drama-drama popular masa kini dikatakan stereotaip dan klise, serta hampir sama terjemahannya di layar.
Namun itulah magis yang menjadi umpan untuk mendekati penonton di ruang tamu rumah kerana cerita yang lebih bersifat santai ilham novel popular semasa.
Sebuah lagi karya tulisan novelis bakal menemui penonton drama melayu menerusi slot Lestary TV3.
Adaptasi novel 'Tuan Danial' tulisan Azizah Ami, kami kongsikan butiran lanjutnya.
Sinopsis
Tengku Ismahanim nekad menyamar sebagai pembantu rumah semata-mata untuk mengenali lebih dekat jejaka bernama Danial.
Ia gara-gara tindakan keluarga Tengku Ismahanim yang mahu menjodohkannya dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Cabaran yang perlu dilalui kini ialah bekerja sebagai maid walhal dia sendiri tidak 'pakar' dalam hal ehwal kerja rumah.
Lantas ia membawa masalah buat Danial dalam menangani isu seorang maid yang serba tak tahu skop tugasannya.
Akankah cinta berputik antara mereka?
Kredit foto: Instagram @intannajuwa
Pelakon
Gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa dengan disertai barisan pelakon pembantu seperti Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Mathni Razak, Aman Graseka, Mohd Syafi, Noniswara dan Zuhairi Ibrahim.
Kredit foto: Instagram @intannajuwa
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Idora Abdul Rahman menggalas peranan sebagai sutradara untuk drama 13 episod terbitan syarikat produksi, Creative Skill Solution ini. Idora sebelum ini pernah menduduki kerusi pengarah untuk drama-drama bersiri popular seperti Sayangku Kapten Mukhriz, Kekasih Paksa Rela dan Kerana Dia Manusia Biasa.
Kredit video: Youtube Monkey Bone
Lagu Tema (OST)
Single Goodbye nyanyian HelloLuqman dipilih menjadi runut bunyi yang menghiasi setiap siaran episod.
Waktu Siaran
Ku udara setiap Rabu hingga Jumaat, mulai 9 Ogos 2019, jam 9 malam di saluran TV3, menerusi slot Lestary.
Sumber:
1. Wikipedia
2. Goodreads