Oleh pada 06 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Selepas fenomena Nur 2, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin kembali dengan karya terbaharunya yang berjudul Adellea Sofea.

Menemukan pasangan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz sebagai teraju utama, drama rantaian ini bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 mulai malam ini.

   

drama adellea sofea 424

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

   

Sinopsis

Segalanya bermula apabila Adellea Sofea, seorang gadis solehah, menyimpan rasa hati terhadap jejaka bernama Firdaus.

Adellea menaruh kepercayaan mendalam untuk melayari kehidupan bahagia bersama Firdaus, lalu memutuskan untuk berkongsi hidup melalui ikatan perkahwinan.

Kemanisan yang dikecapi bagaimanapun tidak bertahan lama.. cinta bertukar pahit apabila Adellea mendapat tahu Firdaus rupanya seorang penagih dadah.

    

adellea sofea novel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Pelakon

Menampilkan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz, bersama lakonan mantap Jasmine Suraya Chin, Fazlina Ahmad Daud, Fizo Omar, Josiah Hogan, Bella Dally, Roy Azman, Uchee Fukada, Iman Zulkarnain, Cassia Iman, Kazar Saisi dan Sharisa Haris.

   

biodata ungku ismail aziz 966

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Shahrulezad Mohamedin yang cukup sinonim dengan drama Nur dan Nur 2, selain turut dikenali menerusi garapannya dalam Cari Aku Di Syurga, Cinta Balqis, Ramadan Yang Hilang, Emil Emilda, Budak Ijat dan Sindarela.

Diterbitkan oleh syarikat produksi, Radius One Sdn Bhd.

    

Kredit video: Tentang Rahsia (From "Adellea Sofea" Soundtrack)

    

Lagu Tema (OST)

Kolaborasi dua bintang ternama Malaysia dan Indonesia, Shila Amzah dan Judika yang dipertemukan menerusi single duet terbaharu berjudul Tentang Rahsia.

    

adellea sofea episod 341

Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz

   

Bersiaran selama 28 Episod, Adellea Sofea menemui penonton di slot Akasia TV3, mulai 6 Disember 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

    

Kredit video: Adellea Sofea Akan Datang Di Slot Akasia

   

Sumber:

1. Wikipedia Adellea Sofea

2. Wikipedia Slot Akasia

3. Instagram Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)