Oleh pada 01 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Elizad Sharifuddin

    

Dian merupakan sebuah drama bersiri televisyen arahan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Erra Fazira, Mimi Lana dan Aleeza Kassim.

Siaran ulangan siri ini ke udara di saluran TV3 mulai hari ini (1 Januari 2020), jam 6 petang.

Ia terlebih dahulu ditayangkan di slot GlamaDrama ntv7 pada 28 November 2018.

    

sinopsis dian

Kredit foto: Dian Episod 1

   

Sinopsis

Dian jatuh cinta dengan Hisham walaupun Yon Aishah tidak menyukainya. Di mata Yon Aishah, Hisham hanya ingin menumpang kesenangan hidup yang dimiliki Dian.

Namun Dian tetap dengan pendiriannya untuk bergelar isteri kepada Hisham dan meninggalkan segala yang ada demi mengejar hidup bersama jejaka yang dicintainya itu.

Begitupun selepas beberapa bulan perkahwinan, situasi mula bertukar sebaliknya.

    

dian episod

Kredit foto: Dian Episod 1

    

Pelakon

Lakonan utama Elizad Sharifuddin dan Qi Razali, dibantu oleh Erra Fazira, Mimi Lana, Aleeza Kassim, Izzy Reef Izzu, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Adrea Abdullah dan ramai lagi.

    

drama dian online

Kredit foto: Dian Episod 1

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Kyoll Hamzah yang sebelum ini terkenal menerusi garapannya dalam drama Meh Sandar Lagi, Ajari Playboy Itu dan Plan Cinta.

   

Kredit video: Ernie Zakri - Misteri (OST Dian - Official Music Video) 

    

Lagu Tema (OST)

'Misteri' single nyanyian Ernie Zakri yang diterbitkan pada 2018.

    

pelakon drama dian

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Waktu Siaran

Bakal mengisi slot Iris TV3 mulai 1 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang.

    

Sumber:

1. Dian Episod 1

2. Wikipedia Slot Iris

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)