Oleh pada 12 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sean Lee

    

Demi Rindumu merupakan sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel dengan judul sama, karya Diya Jamal.

Drama diterajui pasangan Janna Nick dan Sean Lee ini bakal menemui penonton di slot Megadrama pada Oktober 2019.

    

demi rindumu sinopsis

Kredit foto: Instagram azri_1976

    

Sinopsis

Pengalaman dilukai membuatkan Nurhana enggan membalas cinta Haznik yang membuat pengakuan sayang kepadanya hanya selepas beberapa hari pertemuan.

Hatinya nyaris terpaut dengan jejaka itu tetapi dia sudah cukup serik dengan permainan lelaki buaya darat.

Lagi pula kepulangan dia ke tanah air bukan kerana soal hati tetapi ingin menuntut sesuatu daripada Nasrul.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?" soal Nurhana yang bagaimanapun tidak mampu melunturkan hati Nasrul.

Nurhana benar-benar bingung dengan sikap Nasrul hingga akhirnya terpaksa mendapatkan bantuan Haznik.

Adakah Haznik terbuka menerima permintaan karut Nurhana?

    

demi rindumu episod

Kredit foto: Instagram Sean Lee

    

Pelakon

Lakonan utama Janna Nick dan Sean Lee, selain dibantu Norman Hakim, Elvina Mohamad, Riz Amin, Azri Sabri, Aleza Shadan, Mustapha Kamal dan Raja Nor Baizura.

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Haris Fadilah memegang tanggungjawab sebagai sutradara untuk karya terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini.

     

Kredit video: OST Demi Rindumu - Yang Satu | AKIM & THE MAJISTRET (Official Lyric Video)

    

Lagu Tema (OST)

Lagu 'Yang Satu' dendangan Akim & The Majistret dicipta Hang Nadim dan Laq, manakala lirik nukilan Hang Nadim.

    

Waktu Siaran

Bersiaran mulai Oktober 2019 menerusi slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

    

Sumber:

1. Goodreads

2. Instagram Diya Jamal

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)