Oleh pada 15 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Nabila Huda , Instagram Jalena Rejab

    

Saksikan drama dalam format telefilem, 'Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa' pada 15 April 2023 jam 10 malam melalui slot Cerekarama di TV3.

    

drama hari hari terakhir seorang pendosa

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Telefilem ini adalah salah satu daripada pengisian TV3 yang turut menghasilkan tiga lagi judul untuk tontonan dalam slot tayangan filem televisyen atau telefilem, Cerekarama semasa Ramadan ini, iaitu "Saat Hilang Cintamu", "Perindu Senja" dan "Mendarat Di Syurga".

     

sinopsis hari hari terakhir seorang pendosa

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

     

Sinopsis

'Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa' menyaksikan plot perjalanan hidup seorang wanita yang kuat dan tabah, namun terhimpit apabila ibunya yang mengalami masalah mental dan sebelum ini bekerja sebagai pelacur, kembali ke kehidupannya. Dalam perjalanan ini, wanita itu mengambil kesedaran tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh ibunya selama ini.

Ramona (Nabila Huda) dibesarkan oleh Nayan (A. Galak) yang berada dalam kegelisahan, kerana telah menutupi kebenaran daripada Ramona selama ini. Rasa bersalah yang menghantuinya membawa kepada pertemuan dan pengenalan Ramona kepada seorang wanita yang bernama Che Dah (Ellie Suriaty).

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Mendarat Di Syurga (Telemovie Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Perindu Senja (Telemovie Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Saat Hilang Cintamu, Drama Slot Cerekarama TV3 Yang Berdasarkan Kisah Benar

      

pelakon hari hari terakhir seorang pendosa

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

    

Pelakon / Cast

Drama ini bakal menonjolkan bakat lakonan yang hebat daripada para pelakon TV seperti Nabila Huda, Ellie Suriaty Omar, Puteri Aishah, Luqman Hafidz, Hariz Hamdan, A. Galak, Puteri Khareeza, Haidar Hasanudin dan Saidah Kamarudin.

    

Watak Pelakon

Nabila Huda sebagai Ramona

Ellie Suriaty Omar sebagai Che Dah

A Galak sebagai Nayan

Luqman Hafidz sebagai Nasir

Puteri Aishah sebagai Lynn

Hariz Hamdan sebagai Ramzi

Saidah Kamarudin sebagai Nadira

Puteri Khareeza sebagai Che Dah (20an)

Haidar Hasanudin sebagai Nayan (20an)

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

'Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa' diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd dengan bantuan arahan Feroz Kader dan skrip daripada Pouvin dan Tommy Loh.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: KEJAM - AYU DAMIT [OFFICIAL LYRIC VIDEO]

     

Tajuk​​: Kejam

Penyanyi​​: Ayu Damit

Komposer: Khairul Daniel

Penulis lirik​: Ayu Damit, Slen Fadzil, Jay

      

hari hari terakhir seorang pendosa movie

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

     

Waktu Siaran

Jadual siaran untuk telemovie ini ditetapkan pada hari Sabtu, 15 April 2023 pukul 10 malam melalui slot Cerekarama di saluran TV3, dengan penonton boleh menyaksikan secara online di platform Tonton untuk keselesaan tontonan dalam talian.

      

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)