Oleh pada 01 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Slot Cerekarama di saluran TV3 akan menyiarkan telefilem "Perindu Senja" pada 1 April 2023 bersamaan hari Sabtu, pukul 10 malam.

Drama arahan Osman Ali ini terdiri daripada para pelakon terkenal seperti Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud dan Hilal Azman yang menjadi gandingan utama.

Drama istimewa seperti "Saat Hilang Cintamu", "Mendarat Di Syurga", dan "Hari-hari Terakhir Seorang Pendosa" juga akan dihidangkan di TV3 sepanjang Ramadan ini dalam slot yang sama.

   

perindu senja

Kredit foto: Instagram Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis

Dalam sebuah kisah yang bertemakan cinta dan kerinduan, seorang wanita yang terpisah dengan kekasihnya yang hilang di lautan terus menanti kepulangannya dengan penuh kasih sayang dan pengharapan.

Kisah tentang Che Embun, 70, seorang wanita yang masih menantikan kepulangan suaminya, Bakar yang hilang, setiap hari di jeti. Dia yakin bahawa aroma rendang itik kesukaan suaminya sempena raya akan memanggil Bakar pulang ke pangkuannya. Dalam sambil menunggu kepulangan suaminya, Embun memberi kasih sayang dan menjaga anak istimewa bernama Nomi. Dia bertindak sebagai pembela untuk membantu Nomi yang sering ditindas oleh ibunya sendiri.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Hari Hari Terakhir Seorang Pendosa (Telemovie Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Mendarat Di Syurga (Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Saat Hilang Cintamu, Drama Slot Cerekarama TV3 Yang Berdasarkan Kisah Benar

    

drama perindu senja

Kredit foto: Instagram Ahmad Shahidan Izwan

   

Pelakon / Cast

Penceritaan yang menyentuh hati ini dibawakan dengan lakonan mantap daripada beberapa nama terkenal dalam industri drama tempatan seperti Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud, Shahidan Izwan, Shah Kimin, Ammar Bahri dan Hilal Azman.

Watak Pelakon

Normah Damanhuri sebagai Che Embun

Zaidi Omar sebagai Bakar

Iman Suhana sebagai Nomi

Fazlina Ahmad Daud sebagai Che Renah

Ahmad Shahidan Izwan sebagai Nizam

Shah Kimin sebagai Mosa

Ammar Bahri sebagai Samad

Hilal Azman sebagai Bidin

Nurul Sahidah Jamaluddin sebagai Nadira

   

cerekarama perindu senja

Kredit foto: Instagram Iman Suhana

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Produksi diterbitkan oleh syarikat penerbitan Nuansa Sdn Bhd berdasarkan skrip nukilan Naza Manas, dengan pengarahan yang dikendalikan oleh sutradara berbakat, Osman Ali.

   

drama perindu senja tv3

Perindu Senja bukan drama berepisod dan tidak diadaptasi daripada karya novel. Kredit foto: Instagram Ahmad Shahidan Izwan

   

Waktu Siaran

Perindu Senja, salah satu telemovie akan diisi pada slot Cerekarama sempena Ramadan pada hujung minggu ini, akan disiarkan pada 1 April 2023, hari Sabtu, jam 10 malam melalui saluran TV3.

Telemovie itu juga boleh ditonton secara dalam talian (online) dengan lebih mudah melalui aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun.

    

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama




Hakcipta iluminasi.com (2017)