Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
MIG Production membawakan 'Senyawa' sebagai pilihan terkini bagi para penonton yang menggunakan perkhidmatan iQIYI.
Kredit foto: Instagram Trisha Ooi
Memberi 'nyawa' kepada watak-watak yang dimainkan ialah Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren dan ramai lagi.
Kredit foto: Instagram Trisha Ooi
Menjangkau khalayak mulai 25 Oktober 2024, drama ini disiarkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.
Sinopsis
Senyawa menyentuh isu yang jarang dibicarakan — ‘ibu tumpang’ dalam kalangan masyarakat Islam, sesuatu yang dilihat tabu dan penuh dilema.
Senyawa mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. Namun, di sebalik kejayaan, Zabrina menyembunyikan konflik besar yang menghantui hidupnya. Ketakutannya adalah bayangan akan kehilangan suaminya, Iskandar (Shah Jaszle) sekiranya mereka terus hidup tanpa zuriat.
Kehilangan yang pernah dialaminya — keguguran anak yang diharapkan — ditambah pula dengan berita yang meruntun jiwa, bahawa dia menghidap cervical insufficiency, telah membebani jiwa Zabrina. Desakan ibu mentuanya, Dato’ Asmida (Nina Juren) yang bertegas mahukan cucu sebagai pewaris keluarga, menambah lagi tekanan dalam hidupnya. Dalam keengganan untuk dimadukan dan harapan mempertahankan perkahwinan, Zabrina akhirnya memilih satu jalan yang penuh risiko — mencari jalan pintas yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pertemuannya dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), gadis kampung yang membawa aura dirinya, mengubah segalanya. Lutfiyah, dengan segala keserupaan dengan dirinya, kelak membawa satu perubahan besar dalam hidup Zabrina dan Iskandar.
Keputusasaan Zabrina untuk mendapatkan zuriat membuatkan dia tekad untuk menjadikan Lutfiyah sebagai ibu tumpang — satu pilihan yang bagi Zabrina, terasa paling tepat dalam mengejar impian menjadi ibu. Pada pandangannya, Lutfiyah memiliki segala yang diperlukan untuk memegang peranan penting ini.
Namun, di sisi lain, Iskandar dengan tegas menolak keputusan Zabrina. Baginya jelas, menggunakan khidmat ibu tumpang menentang pegangan agamanya. Namun, cinta dan kesetiaannya terhadap Zabrina mendorongnya ke arah satu keputusan yang berat, sehingga dia merelakan pengorbanan yang tidak pernah terbayang. Konflik di hatinya begitu kuat; di satu sisi, dia mahu memenuhi impian Zabrina, namun di sisi lain, dia berasa telah menggadaikan agamanya.
Langkah mereka ke arah ini bagaimanapun bukanlah mudah. Apa yang dijangka membawa kebahagiaan bertukar menjadi cabaran terbesar dalam ikatan perkahwinan mereka.
Kredit foto: Instagram Siti Hariesa
Secara umum, Senyawa tidak hanya menyingkap soal cinta dan dinamik kekeluargaan, malah menyentuh tema sensitif dan kontroversi yang jarang diangkat dalam masyarakat Islam — isu ibu tumpang. Dengan mengetengahkan dilema moral dan keagamaan, drama ini dijangka menjadi topik perbincangan hangat.
Menerusi Senyawa, persoalan tentang bagaimana tekanan keluarga dan masyarakat terhadap pasangan yang belum dikurniakan zuriat mampu mendorong mereka melangkaui batas agama turut dikupas dengan teliti. Drama ini menawarkan pelbagai iktibar dan pengajaran moral, selain memberi peringatan agar kita tidak bertindak secara melulu dalam mengejar impian, terutama bila ia melibatkan pegangan agama dan maruah diri.
Akibat desakan hidup yang menghimpit, kewarasan seseorang boleh terjerumus pada jalan mudah — menghalalkan yang haram, seperti ibu tumpang, demi kepentingan diri tanpa memikirkan akibat buruk yang bakal menanti di hadapan.
Senyawa menjanjikan pengalaman yang pasti mengajak anda untuk merenung tentang makna pengorbanan sebenar dalam hidup.
Makna Ibu Tumpang
Ibu tumpang bermaksud merujuk kepada seorang wanita yang mengandung dan melahirkan anak bagi pihak pasangan lain. Dalam proses ini, embrio yang dihasilkan melalui persenyawaan antara sel telur dan sperma pasangan itu akan dipindahkan ke rahim ibu tumpang, yang akan menjaga kehamilan sehingga bayi dilahirkan.
Bagaimanapun, dalam Islam, penggunaan khidmat ibu tumpang dalam mendapatkan zuriat adalah haram dan menyalahi hukum agama.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat (iQIYI Malaysia) Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Restu (iQIYI Malaysia)
Pelakon / Cast
Watak-watak utama dalam drama ini digayakan oleh tiga pelakon ternama, iaitu Trisha Ooi, Shahz Jaszle dan Siti Hariesa.
Senyawa bukan hasil adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Trisha Ooi
Membantu menguatkan jalan cerita, memainkan peranan sebagai pendukung watak-watak sampingan ialah Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Nasz Sally, Amirah Razak, Hanna Ercaa, Atira Karma dan Nuremy Ramli
Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Liang Chia sebagai Eric
Amirah Razak sebagai Maya
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nuremy Ramli sebagai Doktor
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Senyawa adalah ilham daripada skrip karya Panel Skrip MIG, dengan pengarahan oleh Eyra Rahman, hasil terbitan MIG Production Sdn Bhd.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: MARSHA MILAN - KEMBALI TERANG [OFFICIAL MUSIC VIDEO]
Tajuk: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Senna, Ajin
Penulis lirik: Senna
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Mulai 25 Oktober 2024, 12 episod drama bersiri 'Senyawa' akan dapat diakses menerusi platform iQIYI, dengan episod baru setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.
Kunjungi www.iq.com untuk tontonan atau muat turun aplikasi iQIYI melalui App Store atau Play Store.
Tajuk cerita? Senyawa
Berapa episod? 12 episod
Setiap hari apa? Jumaat hingga Sabtu
Bila tayang? Pukul 9 malam
Tonton di mana? Platform online, iQIYI
Kredit video: Highlight Episode 1 | Senyawa | iQIYI Malaysia