Oleh pada 28 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Ansar Creative Media

    

Slot Widuri yang menemui penonton TV1 telah membawakan sebuah lagi drama berantai baharu bertajuk Saya Tunggu Awak mulai 21 April 2023.

Adaptasi novel karya Bonda Nor ini merupakan hasil arahan sutradara Khalid Nadzri untuk menggantikan siri Kau? C.E.O Aku?

    

drama saya tunggu awak

Kredit foto: Instagram TV1 RTM

    

Sinopsis

Sebuah penceritaan adaptasi novel yang membawa kisah tentang Ustazah Hanna Mardhiah, seorang pensyarah yang cuba mempertahankan cinta dan kesetiaannya terhadap suami, Farhan. Hanna menghadapi pelbagai cabaran ketika diuji dengan tawaran cinta dan godaan dari Rafiq, seorang pelajar yang mengambil subjek yang diajarnya di universiti.

Rafiq, yang juga seorang pengurus hotel, menunjukkan minat kepada Hanna walaupun tahu Hanna sudah berkahwin.

Manakala Farhan pula berasa rendah diri kerana ketidakmampuannya untuk memberikan nafkah yang mencukupi akibat tidak memiliki pekerjaan tetap.

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kau CEO Aku (Slot Widuri RTM TV1)

     

sinopsis saya tunggu awak

Kredit foto: Instagram Ansar Creative Media

     

Pelakon / Cast

Dalam drama ini, Puteri Sarah Liyana bersama dengan Amar Asyraf dan Azlee Khairi beraksi sebagai teraju utama lakonan. Siri ini juga menghadirkan gandingan bintang-bintang terkenal tanah air serta pelakon hebat dalam menjayakan setiap watak, termasuk Nazeera Sardi, Husna Mustaffa, Adam Shah, Neera Azizi, Kodi Rasheed dan Siraj Alsagoff.

    

Watak Pelakon

Puteri Sarah Liyana sebagai Ustazah Hanna Mardhiah

Amar Asyraf sebagai Farhan

Azlee Khairi sebagai Rafiq Aqlan

Nazeera Sardi sebagai Maria

Husna Mustaffa sebagai Hayati

Adam Shahz sebagai Darwish

Neera Azizi sebagai Sarah

Kodi Rasheed sebagai Hanafi

Siraj Alsagoff sebagai Vincent

     

saya tunggu awak episod

Kredit foto: Instagram Ansar Creative Media

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya adaptasi novel "Saya Tunggu Awak" hasil nukilan penulis Bonda Nor ini dihadirkan dalam bentuk drama oleh syarikat penerbitan Ansar Creative Media, bekerjasama dengan pengarah Khalid Nadzri dan skrip dihasilkan oleh Intan Zarina Mohd Yasin.

      

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Selamanya Cinta

Penyanyi: Yuka Kharisma

Komposer: Farouk Roman

     

novel saya tunggu awak

Kredit foto: Instagram Ansar Creative Media

    

Waktu Siaran

Peminat drama boleh menonton setiap episod baru siri "Saya Tunggu Awak" mulai 21 April 2023 di saluran RTM TV1, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di slot Widuri. Selain itu, ia juga boleh disaksikan melalui aplikasi RTM Klik dengan kesemua 26 episod yang akan disiarkan.

   

Tajuk cerita? Saya Tunggu Awak

Berapa episod? 26 episod

Setiap hari apa? Jumaat hingga Ahad

Bila tayang? Jam 6.45 petang

Tonton di mana? TV1 dan platform online, RTM Klik

   

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

    

Kredit video: 18 APRIL 2023 - SPM - SAYA TUNGGU AWAK

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)