hh

Kredit foto: Instagram Adrina Kamaruddin

        

Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Adrina Kamaruddin, kini menghiasi senarai pelakon dalam drama-drama Melayu di televisyen.

        

perang nasi dagang pelakon 79651

        

Antara yang mencuri tumpuan adalah drama Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu yang turut menampilkan Sabri Yunus, Nora Danish, Issey Fazlisham, Mek Yun, Kimal Mokhtar dan Aswad Jalil.

Tidak ketinggalan, dia juga bakal tampil dalam drama mendatang, Rahsiamu Selamat Denganku, gandingan bersama Alvin Chong, Siti Khadijah Halim, Adriana Adnan, Fadlan Hazim, Hana Tiha, Azri Safix, Fara Nadiah dan Sabrina Azhar.

        

Biodata

Nama penuh: Nur Adrina binti Kamaruddin

Nama komersial: Adrina Kamaruddin

Umur: 25 tahun (2024)

Tarikh lahir: 11 September 1999

Tempat lahir / Asal: Kota Bharu, Kelantan

Keluarga: Anak ketiga daripada lima orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di University of Cyberjaya

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @adrinakamaruddin

Tiktok: @adrinakamjo

        

Latar Belakang

1. Turut dikenali dengan nama glamornya, Adrina Kamjo.

2. Dilahirkan dan dibesarkan di Kota Baru, Kelantan.

3. Pada usia 12 tahun, dia pernah menyertai program pertukaran pelajar bersama Raffles Girls’ School, sebuah sekolah terkemuka di Singapura. Tidak lama selepas itu, di umur 13 tahun, dia berangkat ke Jepun untuk program pertukaran pelajar selama sebulan, mewakili negeri Kelantan sebagai satu-satunya wakil.

4. Kecemerlangan akademiknya diteruskan apabila dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak untuk Asasi Sains Hayat, sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan di Universiti Cyberjaya.

5. Dia kemudian terpilih sebagai salah seorang peserta Pencarian Dewi Remaja 2023, di mana dia meraih kemenangan dalam kategori Dewi Inspirasi.

Tujuh finalis lain termasuklah Nurel Baharin (juara), Arabella Ellen (naib juara), Myra Afrina, Amira Rafik, Azqa, Qistina Rania dan Cora Waybin

Di bahagian Hero Remaja, Aiman Ameer berjaya merangkul gelaran juara, sementara Fitri Farok pula dinobatkan sebagai naib juara. Barisan finalis yang turut memeriahkan pertandingan ini ialah Razin Qidran, Evertts Gomes, Jay Iskandar, Hakim Khan, Jaysong, dan Azri Safix.

6. Drama lakonan yang menampilkan Adrina ialah Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu dan Rahsiamu Selamat Denganku, serta telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya.

7. Walau bagaimanapun, pada Oktober 2024, dia akan menghentikan seketika karier seninya bagi menyelesaikan latihan sebagai pegawai perubatan siswazah. Dia merancang untuk membuka kliniknya sendiri suatu hari nanti, agar dia dapat terus menyeimbangkan minatnya dalam bidang perubatan dan lakonan.

        

Fakta Menarik

1. Sejak zaman sekolah lagi, Adrina aktif dalam bidang seni, sebagai seorang penari tradisional.

2. Tidak setakat itu, dia turut menunjukkan komitmennya dalam bidang kebajikan. Dia terlibat dalam pelbagai kegiatan sukarelawan, termasuk misi perubatan dan advokasi kesihatan mental di Vietnam.

3. Dia menggalas tanggungjawab sebagai duta Amaleena Gold Shop, perniagaan milik keluarganya dan bekerja di bawah ayahnya dalam syarikat, yang mana dia belajar selok-belok perniagaan dan keusahawanan.

4. Walaupun pada awalnya keputusannya untuk menceburi bidang seni ditentang oleh ibu bapanya, Adrina akhirnya mendapat restu daripada ayahnya selepas menyelesaikan pengajian. Syarat yang diberikan ayahnya ialah Adrina tidak melupakan hasrat mereka untuk melihatnya bergelar doktor.

5. Tidak hanya mahu berjaya dalam dunia seni, Adrina turut menyimpan impian untuk memberi bakti menerusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)

        

Foto

adrina kamaruddin ketinggian

nur adrina kamaruddin

perang nasi dagang episod 87415

adrina perang nasi dagang

siapa adrina kamaruddin

adrina kamaruddin wikipedia

adrina kamaruddin umur

perang nasi dagang cast 65415

adrina kamaruddin instagram

adrina kamaruddin age

adrina kamaruddin ig

adrina kamaruddin

perang nasi dagang 98515

Kredit foto: Instagram Adrina Kamaruddin

       

Sumber:

1. Ketepikan lakonan, Adrina kejar impian bergelar doktor

2. Gaya bakal doktor

3. Jiwa luhur bakal doktor

4. Between medicine and glamour

5. Profil Dewi - Adrina

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)