Oleh pada 01 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Dipersembahkan dengan mengadaptasi novel yang dikarang oleh Ieya Sya, TV3 menyajikan siri terbaru yang bertajuk 'Nuh & Nayla', sebuah drama yang akan membangkitkan slot Akasia.

Drama ini mengisahkan tentang Nuh dan Nayla yang mendepani ujian takdir yang menguji cinta, pengorbanan dan rahsia yang mengikat mereka dalam sebuah perjalanan mengharukan untuk mencari makna sebenar ikatan perkahwinan mereka.

       

nuh dan nayla sinopsis

Kredit foto: Instagram Suhan Movies

       

Platform Tonton menawarkan akses awal untuk menonton drama ini, dengan episod baharu tersedia 24 jam sebelum tayangan di TV.

        

Sinopsis

Terbelenggu dengan dosa, Nuh menjadi sasaran kebencian Nayla selepas insiden yang membuat Nayla menuntut tanggungjawab daripadanya.

Demi menjaga Jiha, yang menghidap kanser hati, mereka bagaimanapun terpaksa bekerjasama. Permintaan mengejutkan daripada Jiha agar mereka berkahwin membawa mereka ke dalam ikatan perkahwinan rahsia.

Namun, pilihan untuk berpisah tanpa lafaz cerai akhirnya diambil, meskipun Nuh masih berharap Nayla akan kembali kepadanya suatu hari nanti.

Takdir kemudian menemukan mereka dalam keadaan yang berbeza. Antara seorang pembantu dengan cucu majikan.

Nuh, yang sebelum ini mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, berusaha untuk berubah. Namun, Nayla yang keras hati, menyokong Nuh menerima Fatimah, walaupun hati Nuh tidak tertarik pada gadis itu.

Di saat Nayla menyedari kesilapannya dan bertekad mempertahankan Nuh, tersembunyi rahsia dan derita masa lalu yang berkaitan dengan bakal jodoh Nuh. Apakah tindakan Nayla didorong oleh cinta atau dendam? Siapakah Fatimah sebenarnya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan menghadapi segala dugaan?

Ikuti perjalanan menyentuh hati penuh emosi dan pengorbanan dalam “Nuh dan Nayla”.

       

Baca: 8 Fakta Biodata Jazmy Juma (Hero Remaja), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Biodata Arfie Shah (Adwafri Shah), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: 10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Slot Megadrama Astro Ria)

           

nuh dan nayla tv3

Kredit foto: Instagram Jazmy Juma

        

Pelakon / Cast

Drama ini menampilkan Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai bintang utama, dengan sokongan kuat daripada pelakon-pelakon tambahan seperti Ucop, Arfie Shah, Ezzanie Jasny, Puteri Khareeza, Hafiz Halim, Syefikk, Khalida Balqis, Zizi Zulkifli, Azhar Amir, Lisdawati, Zila Bakarin, Hilal Azman, Hana Tiha dan Ayu Azlina.

        

Watak Pelakon

Jazmy Juma Khan sebagai Nuh

Scha Elinnea sebagai Nayla

Ucop (Yusof Hashim) sebagai Faqeel

Arfie Shah sebagai Luth

Ezzanie Jasny sebagai Jiha

Puteri Khareeza sebagai Fatimah

Khalida Balqis sebagai Maryam

Zizi Zulkifli sebagai Farina

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya drama ini yang berasal daripada novel 'Nuh Dan Nayla', diterbitkan produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dipersembahkan menerusi garapan pengarah hebat, Idora Abdul Rahman dan kreativiti skrip oleh Nieza Nahar.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ernie Zakri, Ade Govinda - Masing Masing (Official Music Video)

        

Tajuk: Masing Masing

Penyanyi: Ernie Zakri, Ade Govinda

Komposer: Ade Govinda

Penulis lirik: Ade Govinda, Nabila V

        

nuh dan nayla drama

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dalam jangka waktu 28 episod yang akan berlangsung, drama ini akan menyambut penonton di slot Akasia TV3 mulai 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

        

nuh dan nayla episod

Nuh & Nayla akan menjadi pengisi baru slot Akasia, menggantikan siri Dua Darjat. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Ia juga tersedia di Tonton, laman penstriman video tempatan yang dimiliki oleh Media Prima.

       

Tajuk cerita? Nuh & Nayla

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)