Oleh pada 12 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Nina Smith

Siapa Nina Smith? Amalina Smith atau nama popularnya, Nina Smith merupakan salah seorang pemain watak dalam drama berepisod, Jesnita yang bersiaran di slot Tiara, saluran Astro Prima.

Siri televisyen yang menampilkan pelakon Intan Najuwa dan Yusuf Bahrin sebagai teraju utama ini turut melibatkan pelakon tanah air popular seperti Fikry Ibrahim, Nasha Aziz, Malek McCrone, Natasha Azizan, Rozita Che Wan, Fatiya Latiff, Hafidz Roshdi, Zachery Francis (Zach Zaffranz / Zachery Franz), Aqil Taqee, Fiza Thomas, Lydiawati (Lydia Saimon), Ezaidi Aziz, Putri Dellyna dan ramai lagi.

Biodata

Nama sebenar: Amalina Smith

Nama komersial: Nina Smith

Umur: 23 tahun (2022)

Asal: Selangor

Keluarga: Anak tunggal dalam keluarga

Pendidikan: Graduan Jurusan Sains Politik

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @theninasmith

Latar Belakang

1. Dibesarkan di Malaysia.

2. Menetap di Gombak, Selangor.

3. Menceburi bidang hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2018.

4. Bakatnya dicungkil daripada Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3, sebelum menimba ilmu lakonan dalam bengkel anjuran seniwati, Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

5. Pernah menyerikan drama rantaian televisyen berjudul Antara Ikhlas dan Kaca, Kerana Dia Suka, Jesnita, Lelaki Itu Untukku, Aidil Fitri Dan Tok Wan, Lot 69 dan beberapa lagi.

Fakta Menarik

1. Lebih mesra dipanggil dengan nama sapaan, Nina.

2. Berbangsa Melayu namun berdarah kacukan Malaysia-Amerika.

3. Merupakan anak tunggal hasil perkahwinan ibu bapanya yang kini sudah berpisah.

4. Pernah mencuri tumpuan di aplikasi TikTok, selepas memuat naik video yang menunjukkannya "makan dengan menggunakan tangan" — dan berjaya mendapat setengah juta tontonan hanya dalam satu malam!

5. Mengaku sering ditawarkan watak antagonis dan jahat dalam drama kerana susuk tubuhnya yang tinggi lampai.

6. Terbuka untuk bergandingan dengan aktor Zul Ariffin jika diberi peluang dengan watak yang bersesuaian.

7. Pernah terpalit dengan kontroversi selepas menarik diri daripada penggambaran drama Bunga Hati terbitan Zeel Production — sehingga menimbulkan kemarahan pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud.

8. Bagaimanapun Nina menjelaskan tindakannya itu kerana dia dikehendaki pulang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjaga bapanya yang sakit tenat.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jesnita (Slot Tiara Astro Prima)

Gambar

nina smith instagram

nina smith umur

nina smith

nina smith wikipedia

jesnita drama

nina smith pelakon

pelakon jesnita

nina smith drama

jesnita sinopsis 267

jesnita 61

Jesnita merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2022 arahan Emi Suffian - menampilkan Nina Smith yang membawa peranan sebagai Dayana. Siri ini bakal diadaptasi dalam bentuk novel melalui kerjasama antara Love Novel dan Astro.

Kredit foto: Instagram Nina Smith

Video

Kredit video: [Episod Penuh] JESNITA Episode 1

Sumber:

1. Ogy bengang pelakon baru tinggalkan set, susahkan produksi

2. Tak tolak Zul Ariffin

3. Video gadis berdarah kacukan Malaysia-Amerika makan pakai tangan raih setengah juta tontonan dalam 1 malam... kenapa ramai perhati, apa yang salah sebenarnya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)