Kredit foto: Instagram Siti Hariesa
Karya arahan Idora Abdul Rahman, 'Akad Yang Terlindung' kini menjadi tumpuan dalam slot Samarinda, menampilkan Adam Lee dan Siti Hariesa sebagai gandingan utama.
Sinopsis
Akad Yang Terlindung mengisahkan tentang Sophia, gadis muda yang membesar bersama ibunya, Aisyah, di rumah keluarga hartawan, Dato' Haris dan Datin Layla, di mana ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Namun, di sebalik kemewahan yang mengelilingi mereka, tersimpan sejarah duka — Aisyah dan Sophia sering menjadi sasaran penghinaan Datin Layla serta anak sulungnya, Lisa. Keadaan menjadi lebih menyakitkan apabila Aisyah memilih berdiam diri, menerima penghinaan tanpa melawan. Hanya Lara, anak kedua keluarga itu, menunjukkan rasa simpati dan keberanian untuk menentang perlakuan zalim ibu dan kakaknya.
Datin Layla, majikan yang obses menjaga status dan reputasi, turut mengawal suaminya dengan ketat. Sophia yang semakin matang akhirnya bosan dengan derita yang ditanggung. Dia bangkit melawan dan nekad meninggalkan rumah bersama ibunya untuk membina hidup baru. Namun, keengganan Aisyah meninggalkan rumah itu membuka pintu kepada rahsia yang selama ini tersimpan — Sophia sebenarnya adalah anak kandung kepada Dato' Haris dan Aisyah, hasil perkahwinan mereka yang dirahsiakan.
Melangkah ke dunia profesional sebagai pakar fisioterapi, Sophia bertemu Remy, seorang pesakit yang cuba menggodanya. Sikap Remy yang sering menarik perhatiannya akhirnya mencipta ruang untuk hubungan mereka berkembang. Namun, kedua-dua mereka mempunyai masalah masing-masing.
Remy, pewaris sebuah syarikat besar, hidup dalam bayang-bayang bapanya, Azri, yang sering memihak kepada isteri keduanya, Salma dan anak tirinya, Raff. Remy berusaha menuntut hak ibunya yang telah tiada, walaupun ditentang oleh bapanya sendiri. Dalam masa yang sama, hubungan Sophia dan Remy diuji apabila keluarga Dato' Haris dan Azri merancang untuk menyatukan Remy dan Lisa demi kepentingan perniagaan.
Remy terperangkap antara tanggungjawab kepada keluarga dan cintanya terhadap Sophia. Dalam usaha mempertahankan hubungan mereka, Remy dan Sophia mengambil langkah besar — mereka bernikah secara rahsia. Namun, bahagia mereka tidak bertahan lama.
Dunia Sophia terbalik apabila dia percaya Remy berlaku curang dengan Lisa, wanita yang paling dibencinya sejak kecil. Rasa dikhianati mencabar Sophia untuk memilih: menyerah kalah pada takdir atau melawan demi bahagianya.
Selain tentang percintaan penuh pergolakan, drama ini juga bakal membuka perbincangan tentang pengorbanan, kekeluargaan dan perjuangan melawan ketidakadilan. Adakah cinta Sophia dan Remy mampu bertahan di bawah tekanan konflik yang menjerat mereka atau segalanya akan terlerai dalam bayangan takdir yang kejam?
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga (Slot Lestary TV3)
Baca: Biodata Zarif Ghazzi, Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga (TV3), Berbahagi Suami (Astro)
Baca: Biodata Azqa Aziz, Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat (Astro Ria), Gandingan Evertts Gomes
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pelakon / Cast
Watak-watak utama dalam siri ini digerakkan oleh Adam Lee dan Siti Hariesa yang menjadi wajah utama naratif penceritaan.
Slot Samarinda menyaksikan kemunculan drama baru yang bukan diadaptasi daripada novel, mengambil alih selepas tamatnya Cinta Bukan Milik Kita. Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
Menambah rencah kepada kisah ini adalah watak-watak sampingan yang penuh karakter, dimainkan oleh Ryun Ryry, Lorenzo Irmann, Wilma Muhammad, Jasmin Hamid, Khalida Balqis, Sham Visa, Maria Farida, Esma Daniel, Mior Hashim Manap, Faye Kusairi, Aziq Mukhriz, Adam Rizz dan Nur Raisya Faisya.
Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Remy
Siti Hariesa sebagai Sophia
Ryun Ryry sebagai Lisa
Lorenzo Irman sebagai Raff
Khalida Balqis sebagai Lara
Wilma Muhammad sebagai Aisyah
Esma Daniel sebagai Dato Haris
Maria Farida sebagai Datin Leyla
Sham Visa sebagai Azri
Jasmin Hamid sebagai Salma
Mior Hashim Manap sebagai Tan Sri Imran
Faye Kusairi sebagai Kak Tim
Aziq Mukhriz sebagai Hidayat
Adam Rizz sebagai Remy (kecil)
Nur Raisya Faisya Ahmad Norpairfindi sebagai Sophia (kecil)
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Di bawah arahan Idora Abdul Rahman, produksi ini direalisasikan oleh Creative Skill Solution, hasil daripada skrip karya penulis Nieza Nahar.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: ELLIZA RAZAK - URAI [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST AKAD YANG TERLINDUNG]
Tajuk: Urai
Penyanyi: Elliza Razak
Komposer & Penulis lirik: Shazriq Azeman, Omar K, Iqie Hugh
Kredit foto: Instagram Lorenzo Irmann
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Drama yang memuatkan 20 episod itu bakal ditayangkan di saluran TV3, bermula 14 Januari 2025, dengan jadual siaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda.
Kredit foto: Instagram Siti Hariesa
Peminat digital boleh menyaksikan episod terbaru menerusi aplikasi iQIYI VIP sejam selepas siaran dan bagi yang menantikan episod percuma, ia akan tersedia 48 jam selepas tayangan.
Jadual tayangan:-
Minggu 1 - Episod 1, 2, 3
Minggu 2 - Episod 4, 5, 6, 7
Minggu 3 - Episod 8, 9, 10, 11
Minggu 4 - Episod 12, 13, 14, 15
Minggu 5 - Episod 16, 17, 18, 19
Minggu 6 - Episod 20
Tajuk cerita? Akad Yang Terlindung
Berapa episod? 20 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis
Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 14 Januari 2025, jam 10 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform streaming online, iQIYI Malaysia
Kredit video: Sorry tumpahkan kopi kat awak! | Akad Yang Terlindung Episode 1 - 2 | iQIYI Malaysia