huawei bakal lancarkan sistem operasi sendiri hongmeng os

Memandangkan masalah yang dihadapi oleh Huawei sejak kebelakangan ini berkenaan dengan sekatan oleh Amerika Syarikat, adalah tidak menghairankan untuk mengetahui bahawa syarikat gergasi China ini sedang membina sistem operasi bagi menggantikan Android oleh Google. 

Sistem operasi tersebut diberi nama HongMeng dan kini berada dalam fasa percubaan. Jika larangan ke atas Android masih kekal, maka HongMeng akan menjadi program perisian pilihan bagi telefon pintar Huawei akan datang.

Walaupun masih belum rasmi, Huawei terpaksa mencari jalan alternatif untuk produk akan datang disebabkan oleh larangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

hongmeng os huawei sistem operasi

Mesej Twitter yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris milik China iaitu China Global Times menyatakan: "Sistem Operasi telefon pintar Huawei yang dikembangkan sendiri, dilaporkan sebagai "HongMeng OS", sedang diuji dan secara beransur-ansur akan menggantikan sistem Android.".

Dan terdapat dakwaan bahawa HongMeng OS akan digunakan untuk telefon pintar Huawei Mate 30 akan datang.

Menurut Huawei Central, HongMeng adalah satu usaha bebas sepenuhnya yang sedang dalam pembangunan aktif sejak tahun 2012.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei baru-baru ini dilaporkan telah menyebut bahawa sistem operasi Pelan B asal Huawei akan digunakan pada telefon, komputer, TV, kereta dan wearable menjelang penghujung tahun 2019.

huawei bakal gunakan sistem operasi sendiri hongmeng os

Dia mengatakan bahawa ia berdasarkan Android atau sama dengan Android, jadi orang ramai mengandaikan bahawa ia masih berfungsi dengan aplikasi Android terkini.

Apa yang kekal menjadi tanda tanya adalah betapa pantas Huawei mampu menggunakan dan memasarkan sistem ini memandangkan Google terpaksa memutuskan hubungan perniagaan dengan syarikat ini.

Rujukan:

1. Notebookcheck

2. Huawei Central

3. CNX


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)