Mata wang kripto adalah aset digital yang direka bentuk bagi berfungsi sebagai medium pertukaran yang menggunakan kriptografi untuk memastikan urus niaga berjalan dan mengesahkan pemindahan aset.

Wang digital ini kini menjadi bualan hangat di serata dunia disebabkan nilai dan potensinya yang sangat dahsyat. Ketika ini ramai yang menceburkan diri dalam melombong mata wang ini, namun ramai juga sangsi mengenainya. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

tony fernandes perkenalkan mata wang kripto air asia iaitu bigcoin

Bagi yang melombong matawang kripto, ini mungkin berita baik untuk anda. Airasia kini menyelam lebih dalam dunia digitial dengan mengembangkan perkhidmatan penerbangannya kepada lebih banyak pasaran.

AirAsia yang dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang murah kini menggunakan maklumat operasinya yang luas melancarkan perkhidmatan fintech dan matawang kripto, yang diumumkan sendiri oleh CEO dan pengasasnya, Tony Fernandes.

Mata ganjaran yang dikenali sebagai "frequent flyer points" yang diperoleh daripada menggunakan perkhidmatan penerbangan ini akan ditukarkan kepada mata wang kripto yang diberi nama "BigCoin".

tony fernandes perkenalkan mata wang kripto air asia iaitu bigcoin 3

Harga tiket yang akan dipaparkanpada laman sesawang Air Asia ketika ingin menempah tiket akan menunjukkan harga menggunakan mata wang tempatan dan juga dalam BigCoin, mulai April ini.

Dalam masa 3 hingga 6 bulan, penumpang akan boleh menaiktaraf tempat duduk, membeli makanan dalam pesawat dan beberapa perkhidmatan lagi menggunakan mata wang digital ini.

Walaupun ketika ini mata wang kripto dihujani kritikan seperti persoalan mengenai keselamatan dan naik turun harga, namun Tony Fernandes tidak risau akan perkara itu yang mana baginya mata wang digital adalah satu alat untuk mengurangkan risiko turun naik mata wang dari pendapatan luar negara.

tony fernandes perkenalkan mata wang kripto air asia iaitu bigcoin 4

Bagi beliau, perpindahan kepada mata wang alam maya adalah sesuatu yang semulajadi memandangkan Air Asia sudah mempunyai sistem Big Points. Tony membayangkan BigCoin diterima pakai oleh perniagaan pihak ketiga pada masa hadapan.

Air Asia juga telah melancarkan perkhidmatan dompet mudah alih dikenali sebagai BigPay yang membenarkan syarikat ini menerima wang di atas pesawat. Perkhidmatan ini membolehkan membeli makanan dan minuman ketika berada dalam pesawat melalui telefon pintar menggunakan wi-fi yang disediakan.

Tony juga mahu menggunakan platform mudah alih untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang dan pinjaman wang.

Rujukan :

1. Vulcan Post

2. Nikkei Asian




Hakcipta iluminasi.com (2017)