Oleh pada 19 Apr 2017 kategori

Vin Diesel bukanlah nama asing kepada peminat filem aksi keluaran Hollywood. Melalui siri filem Chronicles of Riddick, XXX dan yang paling terkenal, siri Fast and Furious beliau berjaya menjadikan namanya salah seorang bintang Hollywood paling konsisten sebaris dengan teman-temannya seperti Dwayne Johnson dan Jason Statham yang turut sama membintangi filem Fast and Furious.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Siapakah Vin Diesel? Adakah dia lahir-lahir saja terus sado? Bagaimana dia mempunyai wajah yang agak unik jika dibandingkan dengan majoriti pelakon aksi Hollywood lain?'

iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker7

Vin Diesel atau nama sebenarnya Mark Sinclair Vincent (langsung tak macho), lahir pada 18 Julai 1967 adalah anak kepada ibu tunggal bernama Delora Sherleen Sinclair. Malangnya, memang sejak dilahirkan Mark langsung tidak mengenali siapa ayah kandung beliau. Untuk itu, beliau sendiri tidak dapat menjawab bagaimana beliau mempunyai wajah yang unik. Beliau lebih gemar untuk menyebut yang darahnya mengandungi campuran pelbagai bangsa - Inggeris, Jerman, Ireland dan Scotland dari belah ibunya dicampur dengan darah ayahnya.

Mark mempunyai ayah tiri, seorang lelaki Afrika-Amerika bernama Irving H.Vincent yang bekerja sebagai pelatih lakonan dan juga pengurus teater.

Pada umur 7 tahun, ketika beliau dan kawan-kawan memecah masuk ke satu teater untuk merosakkannya, beliau ditangkap. Mark bernasib baik apabila tidak didakwa sebaliknya tuan punya teater tersebut memberikan mereka salinan skrip dan wang sebanyak USD20 untuk hadir setiap hari selepas sekolah. Beliau mula berjinak-jinak dengan bidang lakonan dari situ dan pementasan pertama beliau adalah satu persembahan teater bertajuk "Dinosaur Door" yang berlangsung di teater di mana dia ditangkap kerana memecah masuk.

Ketika berumur 17 tahun, Mark merasakan pendapatnya tidak mencukupi. Berbekalkan badan sado yang dia ada, dia bekerja sebagai tukang jaga pintu kelab di beberapa kelab malam sekitar New York. Pada ketika inilah Mark mula menggunakan nama samarannya, Vin Diesel. Vin datang dari namanya, Vincent sementara Diesel pula kerana dia merasakan "tenaganya tidak terbatas seperti diesel."

iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker6

Selepas menghabiskan persekolahan, Vin memasuki kursus Bahasa Inggeris di sebuah koleh tetapi dia tidak mahu menghabiskannya selepas 3 tahun belajar kerana merasakan, waktu tersebut adalah waktu terbaik untuk beliau memulakan karier lakonan beliau. Sepanjang belajar di kolej, beliau tidak berhenti melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif serta aktif dalam persembahan teater. Mungkin itu yang menyebabkan beliau nampak ada jalan lain untuknya di luar sana.

Dengan berbekalkan semangat dan pengalaman yang ada, Vin ke Hollywood dengan harapan besar. Pengalaman yang dimiliki beliau terlibat dengan teater dan acara kesenian diharapkan mampu membuatkan jalan dia ke Hollywood tampak mudah berbanding orang lain tetapi langit tidak selalunya cerah. Gagal dalam usahanya di Hollywood, Vin kembali ke New York selepas setahun terumbang-ambing.

Berdepan kegagalan, ibunya menghadiahkan Vin satu buku berjudul "Feature Films at Used Car Prices" tulisan Rich Schmidt. Berbekalkan panduan dalam buku tersebut, Vin mengeluarkan modal sebanyak USD3000 untuk menerbitkan sebuah filem pendek berkisarkan pengalaman dia mencuba nasib di Hollywood. Bertindak sebagai pengarah dan pelakon utama, filem pendek yang diberi nama "Multi Facial" berjaya memberikan peluang kepada Vin selepas filemnya berjaya ditayangkan di Festival Filem Cannes pada tahun 1995.

Kejayaan kecil itu mendorong beliau berani ke Hollywood sekali lagi dalam usahanya mencipta peluang berjaya di sana. Menggunakan wang berjumlah USD50 ribu, beliau berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul "Strays" pada tahun 1997. Filem "Strays" merupakan sebuah filem drama mengenai seorang ketua kongsi gelap yang cuba mengubah dirinya selepas jatuh cinta pada seorang wanita. "Strays" berjaya untuk dinilai dalam Filem Festival Sundance pada tahun 1997, diterima baik oleh pengkritik filem tetapi gagal dari segi komersial.

Vin seolah putus harapan sehinggalah beliau mendapat panggilan daripada ejen beliau berkenaan minat seorang pengarah terkenal untuk mengambilnya berlakon.

iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker

Atas lakonan mantap Vin dalam "Multi Facial," Steven Spielberg menjemput Vin untuk berjumpa bagi membincangkan kerjasama di antara mereka berdua. Akhirnya, Steven Spielberg memberikan Vin satu watak yang memang ditulis khas untuk Vin Diesel dalam filem perang "Saving Private Ryan" yang terbit pada tahun 1998. Bermula daripada situ nama Vin Diesel mula dikenali, bermula dengan watak dalam animasi "The Iron Giant" serta watak Richard B.Riddick yang benar-benar menyerlahkan potensinya sebagai hero filem aksi. "Pitch Black" tidak menjadi filem blockbuster yang diharapkan kerana filem tersebut mengalami kekangan bajet produksi dan pemasaran.

Walaupun begitu, lakonan Vin dalam filem tersebut mendapat pujian ramai kerana berjaya melakonkan watak anti hero yang cukup berkesan sehinggakan "Pitch Black" berjaya menjadi salah satu filem yang bergelar cult film dalam senarai Hollywood.

iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker4

Bertapak dengan "Pitch Black" akhirnya pada tahun 2001, beliau menjadi bintang Hollywood selepas terpilih untuk memegang watak Dominic Toretto disamping Paul Walker dalam filem "The Fast and The Furious" dan namanya tersemat sebagai bintang aksi selepas terpilih sebagai bintang filem "XXX" memegang watak Xavier Xander Cage, pakar sukan ekstrim yang juga seorang pengintip kerajaan.

Selepas mengalami turun naik Hollywood, akhirnya pada tahun 2014, namanya tersemat sebagai salah satu nama yang diletakkan di Hollywood Walk of Fame.

iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker5

Pada tahun 2015, selepas kematian rakan karib dan juga bintang filem Fast and The Furious, Paul Walker, Vin menamakan anak ketiganya bersama isterinya, Paloma Jimenez "Pauline" sempena nama Paul. Beliau mengakui itu adalah perkara yang hanya difikirkan ketika beliau mahu menamakan anak beliau.

Apabila diminta menceritakan pengalaman yang beliau kongsi bersama Paul Walker yang sudah dianggap seperti abang kandung, Vin hanya mampu menceritakan satu nasihat yang diberikan oleh Paul.

"Ramai lelaki akan menasihatkan suami supaya duduk menunggu sahaja di luar sementara isteri bersalinkan anak," kata Vin, mengimbas kembali nasihat Paul.

"Paul kata, Vin, masuk saja ke dalam bilik bersalin, tunggu, tengok dan potong tali pusat anak sendiri. Itu akan jadi hari yang paling baik sepanjang hidup kau!" kata Vin.

"Benar kata Paul."


iluminasi vin diesel fast furious hollywood filem the rock paul walker8

Perkara menarik tentang Vin Diesel yang anda perlu tahu :

1. Dia seorang pemain Dungeons and Dragons, sejenis permainan kad yang popular

2. Dia pernah bekerja sebagai telemarketer menjual lampu

3. Beliau menggadaikan rumah beliau untuk menyiapkan filem "Riddick" pada tahun 2013. Berbanding dengan filem kedua dalam siri Chronicles of Riddick, "Riddick" merupakan filem independent yang tidak mendapat bantuan kewangan penerbitan filem Hollywood.

4. Beliau disahkan akan melakonkan watak utama dalam filem adaptasi permainan video "Hitman - Agent 47" tetapi akhirnya hanya bertindak sebagai produser untuk filem tersebut. Watak utama filem tersebut diambil alih oleh Timothy Olyphant.

5. Pada zaman muda beliau, beliau terlibat dalam penghasilan video instruksi breakdancing. Ini membuktikan, pilihan kita pada zaman muda mungkin membuatkan kita ketawa apabila kita dah berusia




Hakcipta iluminasi.com (2017)