Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Apabila kita tengah khusyuk makan di kedai, kerap kali kita didatangi peminta sedekah. Ada yang buta/bisu, ada yang tak boleh berbahasa Melayu, ada yang berkopiah dan ada juga kanak-kanak. Begitu juga apabila kita lalu di jejantas atau ke pasar malam, kebarangkalian nak jumpa peminta sedekah tu agak tinggi. Tapi dah ramai yang lebih advanced sekarang, mereka tunggu siap-siap depan bank dengan harapan boleh dapat RM50 sekeping.

Sindiket peminta sedekah bukan lagi suatu perkara baru di Malaysia. Ramai warga asing yang turut serta menjadi 'parasit' walaupun kelihatan tubuh badan sihat dan berupaya. Terbaru, seorang pengemis terkenal dari Jerman dikatakan telah tiba di Malaysia untuk membuat kerja kejinya.

ini details benjamin

Benjamin Holst, warga Jerman berusia 32 tahun mengalami penyakit unik yang dikenali sebagai macrodystrophia lipomatosa di mana sebelah kakinya membengkak. Namun, Benjamin dikenali di seluruh dunia dengan pekerjaannya sebagai "pengemis profesional" di mana dia menggunakan keadaan kakinya itu untuk meminta derma. Duit hasil kutipan kemudian digunakan untuk berjalan ke seluruh negara, berparti dan melanggan pelacur.

ini cara dia menipu minta sedekah buat sedih

Dia dikatakan telah tiba menggunakan kereta api dari Singapura dan telah dilihat meminta sedekah di beberapa lokasi sekitar hotspot pengemis di Kuala Lumpur seperti Jalan Alor, Bukit Bintang dan stesen monorel Imbi. Sesiapa yang melihat pasti akan berasa kasihan kerana keadaan kaki yang bengkak itu seperti terlalu mudarat. 

Apa yang ramai orang tidak tahu, Benjamin sebenarnya boleh berjalan seperti biasa.

Lebih menyakitkan hati apabila dia dengan bangga akan memuatnaik kegiatannya dalam Facebook dengan menunjukkan gambar hotel lima bintang, makanan restoran mahal dan wanita-wanita yang dilanggan.

lepas dah kaya benjamin menghabiskan hasil kutipan dengan parti dan wanita

Jadi, kalau ada ternampak mat saleh ni tengah tadah mangkuk, hati-hati dan jangan tertipu ya. Rakyat Malaysia ni memang baik-baik belaka tapi sebab kita dah tahu dan terbukti dia ni menipu, maka seboleh-bolehnya elakkanlah menderma kat dia. Lebih afdal kalau anda boleh telefon terus pihak berkuasa seperti polis ataupun kedutaan Jerman.

Patutlah orang selalu kata minta sedekah ni lagi tinggi pendapatan daripada orang yang makan gaji. Terbuktilah sekarang sebab mangkuk ni boleh buat jadi kerjaya tetap dan hidup penuh kemewahan!




Hakcipta iluminasi.com (2017)