Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer7

Bidang ICT atau sains komputer merupakan satu bidang yang semakin lama semakin rancak perkembangannya. Prospek kerjaya yang cerah selain pendapatan yang lumayan mampu menarik minat ramai pelajar untuk menceburi bidang ini, selain daripada usaha-usaha kerajaan dalam menjadikan bidang ICT dan teknologi salah satu teras pembentukan negara.

Berikut adalah 5 universiti terbaik Malaysia bagi bidang ICT dan sains komputer, sebagai panduan calon untuk melanjutkan pendidikan mereka agar mempunyai bekalan terbaik sebelum menempuh alam professional, menurut kaji selidik Quacquarelli Symonds atau lebih dikenali sebagai QS bagi tahun 2017.

1. Universiti Malaya

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer5

UM menawarkan 5 kursus ijazah sarjana muda melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merangkumi bidang AI, rangkaian komputer, sistem maklumat, kejuruteraan perisian dan multimedia.

2. Universiti Sains Malaysia

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer4

USM menawarkan hanya satu kursus iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer namun memberikan pelajar tawaran untuk memilih sama ada mahu mengambil kursus dalam bentuk tambahan mata pelajaran minor atau mata pelajaran elektif.

3. Universiti Teknologi Malaysia

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer3

UTM menerusi Fakulti Pengkomputeran, menawarkan 4 jenis ijazah sarjana muda untuk menjadi pilihan bakal pelajar dalam bidang bioinformasi, rangkaian komputer dan keselamatan, kejuruteraan maklumat, grafik dan multimedia serta kejuruteraan perisian.

4. Universiti Kebangsaan Malaysia

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer2

UKM menawarkan 4 kursus pengkomputeran melalui Fakulti Sains Maklumat dan Teknologi. Empat ijazah sarjana muda mereka lebih bersifat am iaitu pengkhususan pada sains komputer, teknologi maklumat, pembangunan kejuruteraan perisian dan pembangunan kejuruteraan maklumat.

5. Universiti Putra Malaysia

iluminasi universiti teknologi maklumat komputer

UPM yang terletak di Serdang menawarkan 4 bidang pengkhususan dalam cabang sains komputer. Program yang ditawarkan adalah sistem komputer, multimedia, rangkaian komputer dan kejuruteraan perisian. Semua program di UPM ditawarkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di sana.


Itulah dia 5 universiti terbaik di Malaysia dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat. Selain itu, QS meletakkan Universiti Multimedia di tempat ke 6, UiTM di tempat ke 7, Universiti Teknologi Petronas di tempat ke 8, UIA di tempat ke 9 dan UNITEN di tempat ke 10.

Mana satu yang bakal jadi pilihan anda? Bidang ICT amat cerah prospek kerjayanya kerana keperluan untuk individu berkemahiran dalam bidang ini nampaknya tidak akan luput jadi, jika anda mempunyai minat sejak awal dalam bidang ini, pastikan anda terus berusaha

Jika anda berminat dengan bidang kejuruteraan, sila baca artikel ini untuk mengetahui lima universiti terbaik Malaysia bagi bakal pelajar yang berminat dengan bidang kejuruteraan.


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)