Oleh pada 08 Apr 2018 kategori

haqiem rusli minat dengannya ini respon wany hasrita 1

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita & Instagram Haqiem Rusli

Biarpun dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa nama, persoalan siapakah buah hati sebenar yang bertakhta di hati penyanyi, Wany Hasrita, terus menjadi tanda tanya.

Ketika teka-teki itu terus bersarang di minda peminat, timbul pula satu kenyataan yang mengatakan penyanyi Haqiem Rusli meminati dan mengagumi perwatakannya.

Wany atau nama lengkapnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, yang cukup dikenali dengan perwatakan lemah-lembut dan sopan santun itu, ketika diminta mengulas tentang perkara itu, bagaimanapun mempunyai jawapan sebaliknya.

“Alamak. Minta maaf. Bukan apa, sebab bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu. Jadi, kalau benda ni saya komen, keluar artikel macam saya yang memanjangkan cerita.

“Sebolehnya, saya nak cuba untuk tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas ini kerana sudah banyak cerita pasal saya sampai ibu pun cakap tak berapa manis,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Lagi pula, selebriti kelahiran Cheras, Kuala Lumpur ini, terpaksa menumpukan sepenuh tumpuan yang ada untuk mengembangkan kerjaya seni, apatah lagi dengan kemunculan beberapa projek yang perlu dilaksanakannya.

haqiem rusli minat dengannya ini respon wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

“Kini, saya fokus untuk luaskan kerjaya. Tambah pula, saya ada keluarkan produk baru dan baju raya. Jadi, perhatian sepenuhnya di situ.

“Untuk bulan ini, saya ada beberapa projek termasuk keluarkan mini album, produk makanan kecantikan berasaskan makanan sunnah yang mana ada delima, kurma, madu dan saffron di bawah nama JellyTa by Wany Hasrita,” ujarnya.

Difahamkan, Wany juga akan memasarkan baju raya atas jenamanya sendiri, Rindu by Wany Hasrita yang boleh didapati di kedai Starvillion, Shah Alam.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia berminat untuk mencari kekasih di kalangan orang dalam industri atau sebaliknya, penyanyi di bawah label Fantasia Music City (FMC) itu akui tidak meletakkan apa-apa syarat.

“Wany tidak menetapkan bakal jodoh nanti dalam kalangan apa pun. Apa yang tertulis, saya terima sahaja.

“Tetapi biarlah yang mampu membimbing dan menjaga. Bukan saya yang nak kena bimbing dia,” jelasnya yang juga tidak menetapkan had umur untuk menamatkan zaman solo dan lebih selesa 'go with the flow'.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)