Oleh pada 22 Jun 2018 kategori

jika dibanding remaja lain kehidupan haqiem rusli jauh bertuah sufian suhaimi 1

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Penyanyi Sufian Suhaimi tidak beranggapan Haqiem Rusli yang berdepan masalah kemurungan, bakal berhenti menyanyi sebagaimana spekulasi yang tular.

Sufian yang juga sahabat rapat Haqiem memberitahu, meskipun penyanyi Jatuh Bangun itu menyatakan dia sedang melalui detik sukar, namun kemurungan yang dihadapi barangkali tidaklah seteruk yang diwar-warkan.

Sufian yang selama ini teman berkongsi cerita bersama Haqiem menyifatkan remaja itu sebagai insan yang bertuah kerana memiliki sokongan kuat orang sekeliling, daripada peminat sehinggalah keluarga yang tinggal sebumbung.

jika dibanding remaja lain kehidupan haqiem rusli jauh bertuah sufian suhaimi 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

"Saya tidak tahu nak cakap kemurungan diperkatakan Haqiem di laman Instagram miliknya sesuai dengan situasi dilalui sekarang. Bagi saya, dia jenis teliti hinggakan masalah kecil dihadapi dia akan terlalu berfikir mengenainya.

"Kalau betul dia mengalami masalah ini, bagi saya ia masih terkawal. Lagi pun, dia tidak duduk seorang diri sebaliknya tinggal bersama keluarga. Dalam masa sama, dia masih mendapat sokongan moral tinggi daripada orang sekeliling dan peminat.

"Jika ingin dibandingkan dengan remaja lain, kehidupan Haqiem jauh lebih bertuah. Sebagai rakan, saya menghormati setiap apa dilakukan. Cuma, saya berasakan dia tidak akan berhenti menyanyi," katanya kepada Harian Metro.

Menjawab lanjut pertanyaan itu, Sufian yang masih setahun jagung usia penglibatannya dalam industri hiburan jika dibandingkan dengan Haqiem menganggap pengalaman rakannya dalam bidang tersebut tidak wajar dipersoalkan lagi kerana telah mencipta nama sejak usia kecil.

"Setiap kali dia berkongsi masalah, saya juga bercerita pengalaman yang pernah dilalui dan cara macam mana mengatasi terutama ketika putus tunang.

"Malah, Haqiem lebih banyak tahu masalah sebenar yang berlaku. Dari situ, dia boleh belajar dan dijadikan motivasi untuk keluar dari masalah.

"Mungkin juga masalah dihadapi sekarang adalah perkara baru untuknya. Kalau nak bercakap soal tertekan dalam industri, dia sepatutnya sudah arif kerana lebih dahulu terbabit bidang ini," katanya yang turut mengakui Haqiem sering mengutarakan masalah dihadapi membabitkan isu peribadi, kerjaya sehinggalah perhubungan dengan rakan.

Dalam pada itu, Haqiem yang cuba dihubungi portal Harian Metro enggan menjawab panggilan telefon serta mesej.

Menurut wakil syarikat rakaman FMC Music, Fatulrahim, penyanyi di bawah naungan label itu tidak bersedia diwawancara buat masa ini.

"Haqiem belum bersedia untuk sebarang sesi fotografi dan temu bual. Tunggu bulan depan," ulasnya ringkas.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)