Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram Haqiem Rusli

Tindakan mengejutkan Haqiem Rusli memberi bayangan akan pengundurannya daripada dunia hiburan menerusi satu catatan di laman Instagram, mengundang perhatian pengacara Meletop, Neelofa.

Selaku selebriti, Neelofa beranggapan, penting untuk Haqiem mengekalkan perwatakannya yang tersendiri, selain mengingatkan dia supaya tidak mudah tunduk dengan ujian yang datang. 

Pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu berkata, penyanyi remaja itu perlu kuat demi tidak mengecewakan harapan peminat yang menyatakan sokongan kepadanya.

haqiem rusli mahu bersara neelofa bersuara 2

Kredit foto: Twitter Neelofa

“Semangat positif untuk Haqiem. Sentiasa menjadi diri sendiri dan janganlah berputus asa. 

“Anda mempunyai sokongan peminat dan mereka menyayangi anda,” tulisnya melalui laman sosial Twitter. 

Dalam pada itu, beberapa rakan artis lain termasuk Caprice, Syafiq Kyle, Adibah Noor dan Asad Motawh turut memberi sokongan dan kata-kata semangat buat penyanyi yang juga komposer muda ini.

Terdahulu, Haqiem mendedahkan dirinya mengalami depresi dan berkemungkinan bakal menamatkan karier nyanyian, meskipun keputusan rasmi berhubung perkara itu hanya akan dimaklumkan pada awal bulan depan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)