Oleh pada 13 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Fitri Haris dinobatkan sebagai juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.

Ia sekaligus melayakkan beliau meraih ganjaran berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Fitri mempertaruhkan lagu Zinnirah pada pusingan solo dan lagu Al Nuraa Yang 5 Yang 6 di pusingan 'battle' bersama Adeep Nahar.

fitri haris juara gema gegar vaganza 2 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Adeep dengan ganjaran wang tunai RM30,000 berserta trofi. Selain itu, Adeeb dianugerahkan trofi Gema Paling Mengegarkan.

Manakala, Awi Rafael membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi untuk kemenangan di tangga ketiga.

Keempat dan kelima masing-masing milik Inteam dan Hazwani & Heliza, sementara di tangga keenam atau terakhir ialah kumpulan Brothers.

Pertandingan akhir itu menyaksikan para peserta beradu dalam dua segmen iaitu solo dan battle.

GGV2 Akhir dikemudikan hos Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim bersama barisan juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan Datuk M Nasir.

Dimeriahkan dengan kemunculan Zamani, Nazri (Raihan) dan kumpulan Jawahir selaku penyanyi undangan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)