Kredit foto: Instagram Fitri Haris

    

Mohamad Fitri bin Mohamad Haris yang lebih dikenali sebagai Fitri Haris dilahirkan pada 5 Jun 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan bekas anggota kumpulan UNIC iaitu sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan nasyid.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohamad Fitri bin Mohamad Haris. Menggunakan nama pentas, Fitri Haris.

2. Kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 5 Jun 1984. Kini berumur 35 tahun.

3. Merupakan penyanyi yang mula aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2002 dengan memperjuangkan lagu-lagu berirama nasyid.

4. Menganggotai kumpulan UNIC dari 2002 hingga 2009 menggunakan nama komersial, Fitri atau Pit, dengan mempopularkan lagu-lagu seperti Hanya Tuhan Yang Tahu, Ainul Mardhiah, Jalinan, Demi Cinta Suci, Sebuah Pertemuan dan banyak lagi.

5. Pada 2018, beliau diangkat sebagai juara program realiti Islamik, Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua.

6. Pernah mendirikan rumah tangga sebelum bernikah dengan seorang lagi wanita di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009. Sebulan selepas perkahwinan kedua, beliau bercerai dengan isteri pertama, sebelum berpisah pula dengan isteri keduanya, dua minggu kemudian.

7. Perkahwinan ketiga beliau pada 9 September 2012 juga tidak bertahan lama.

8. Terkini, selepas lapan tahun hidup menduda, Fitri mendedahkan bakal bernikah kali keempat pada 21 Disember 2019 dalam sebuah majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Beliau masih merahsiakan identiti wanita yang dikatakan bukan daripada kalangan orang industri itu.

    

Pendidikan

  • Pernah menuntut dalam bidang Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
  • Menyimpan impian bergelar pensyarah, beliau kemudiannya mengikuti jurusan perniagaan kecil dan sederhana di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Mendapat peluang menyambung pengajian dan berangkat ke New Zealand untuk meneruskan latihan industri.
  • Pada 10 Disember 2019, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik di Universiti Nottingham, United Kingdom selepas empat tahun bergelar penuntut.

   

Foto

fitri haris

dr fitri haris

isteri fitri haris

fitri haris unic

fitri haris kahwin

fitri haris bercerai

bekas isteri fitri haris

Kredit foto: Instagram Fitri Haris

    

Video

Kredit video: Hanya Tuhan Yang Tahu 2018 - Fitri Haris Official Music Video

   

Sumber:

1. Wikipedia Fitri Haris

2. Beza 0.27% Markah, Fitri Haris Juara Gema Gegar Vaganza 2

3. Fitri Haris trauma kahwin

4. Fitri rahsiakan bakal isteri

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)