Oleh pada 30 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat & New Straits Times

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, 30, mengakui berasa hairan apabila muzik video lagu terbaharunya bersama Nur Sajat berjudul Abang Nak Tegur mendapat lebih banyak tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) di laman Youtube.

Dalam sebuah kiriman di laman Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris, Aliff mengajukan pertanyaan itu kepada para pengikut untuk mendapatkan pandangan.

"Abang nak tegur! Kenapa orang tekan butang 'unlike' di Youtube video lirik saya?," soal Aliff di kapsyen.

Video lirik yang mula ditayangkan di Youtube sejak 23 November lalu itu sudah mengumpul lebih 760,000 tontonan, 11,000 komen serta trending di laman tersebut!

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan tanda tanya apabila seramai 74,000 pelayar Youtube (jumlah terkini sehingga artikel ini ditulis) menekan butang 'dislike' dan hanya 9,000 yang menyukainya.

Single sulung Aliff dan Sajat itu merupakan ciptaan komposer terkemuka, Edry Abdul Halim.

lagu aliff syukri banyak dislike kerana sajat 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Menerusi ruangan komen Instagram Aliff, rata-rata netizen memberitahu mereka tidak gemarkan kemunculan Sajat dalam lagu duet berkenaan.

Peminat mempertikaikan kebolehan vokal Sajat sebagai penyanyi sekaligus merasakan lagu itu sudah memadai dinyanyikan Aliff seorang.

"Mungkin ada Sajat sekali. Nampak tak sesuai di situ.. hahahah," tulis pemilik akaun yusri_nickelback2.

"Ramai yang 'unlike' sebab ada Sajat. Datuk suara dah okey, sedap tapi tiba-tiba masuk suara Sajat pula, tak sesuai bunyinya," kritik therealrynaa.

"Pada pendapat saya, bukan orang tak suka Datuk tapi mungkin sebab ada nama Sajat tu yang 'unlike'," luah yg_fly pula.

Di sebalik kecaman hebat yang diterima, ada juga sesetengah netizen yang berpendapat gandingan Aliff dan Sajat 'menjadi'.

"Lagu okey, ada unsur humor dan nasihat. Suara pun bagus," komen nurulsuhaimj.

"Suara Datuk di studio sedap jugalah!," puji elvenofficial_.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)