Kredit foto: Instagram Mia Ahmad

   

Siapa Mia Ahmad? Samihah Ahmad Baderi atau nama popularnya, Mia Ahmad merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranan watak 'Yuhanis' yang dibawa dalam drama bersiri Hati Perempuan siaran TV3.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Samihah binti Ahmad Baderi.
  • Menggunakan nama komersial, Mia Ahmad.
  • Kelahiran Taiping, Perak pada 22 Februari 1988.
  • Berumur 32 tahun (2020).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang pelakon, model dan duta produk.
  • Antara drama dibintanginya seperti Putih Pasir Pantai, Rindu Awak 200%, Hati Perempuan, Mr. Boss Miss Stalker, Jejak Karmila dan Sara Kirana.
  • Termasuk telefilem Papa Yibbie, Selempang Kuning, Atie Setan, Badai Cintamu, Husin Peninglah, Cinta 3 Rasa, Kasih Seorang Ayah dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Superbike The Movie, Jibam dan Siapa tu.
  • Berkahwin dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan sehingga kini hasil perkongsian hidup mereka dilengkapi dua orang anak iaitu Sayf Issa (lahir 28 September 2018) dan Iris (lahir 18 Jun 2020).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @mia.ahm4d sehingga kini mempunyai lebih 877,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
  • Berketinggian 163 sentimeter (cm).
  • Keluarganya merupakan warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani.
  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Treacher Methodist Girls School.
  • Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia X dan Emirates Airline selama empat tahun sebelum berjinak-jinak dalam bidang peragaan dan iklan televisyen.
  • Antara iklan yang pernah dijayakannya termasuk produk Oral B dan Nestle Nan Grow.
  • Pernah muncul dalam muzik video Takkan Pergi nyanyian kumpulan Hyper Act terbitan 2015.

   

Foto

mia ahmad

isteri izham tarmizi

izham tarmizi

keluarga mia ahmad

drama mia ahmad

umur mia ahmad

mia ahmad terkini

anak mia ahmad

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad

   

Video

Kredit video: Mahligai Cinta (2017): Mia Ahmad pilih penjaga gol JDT sebagai peneman hidup | Episod 3

   

Sumber:

1. Mia Ahmad sah disatukan dengan penjaga gol JDT

2. Mia Ahmad Namakan Baby Girl 'Iris', Manisnya!

3. Wikipedia Mia Ahmad

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)