Biodata  

Nama penuh: Nur Fazura binti Sharifuddin

Nama popular: Fazura

Tarikh lahir: 27 September 1983

Umur: 39 tahun (pada tahun 2022)

Kelahiran: Pekan, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, model, pengacara, duta, ahli perniagaan dan VJ

Media sosial: Instagram @missfazura

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki.

2. Bapanya, Sharifuddin bin Adnan telah meninggal dunia pada tahun 2000 iaitu sewaktu Fazura berumur 17 tahun. Manakala, ibunya bernama Fadhillah binti Nasir.

3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Berketinggian 1.65 meter.

5. Mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat di Pekan, Pahang, sebelum menyambung pengajian di di Kolej Rekaan Fesyen. Bagaimanapun selepas beberapa bulan, beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana hilang minat dalam jurusan itu.

6. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2002.

7. Bakatnya dalam bidang lakonan mula dikesan oleh pelakon Datin Rosnani Jamil yang menawarkannya watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004.

8. Rumah kediamannya terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

9. Juga dikenali sebagai Faz, Zura, Fazura dan Fazbulous.

10. Antara filem lakonannya ialah Qaisy & Laila, Pisau Cukur[, Gol & Gincu, Lagenda Budak Setan, Manisnya Cinta Di Cappadoccia, J Revolusi, Ayat-Ayat Cinta 2 dan The Legend Of Pontianak.

11. Beberapa drama dibintanginya seperti Gol & Gincu The Series, Dalam Hati Ada Cinta, Ezora, Tahajjud Cinta, Kisah Cinta dan Hero Seorang Cinderella.

12. Manakala penglibatannya dalam telefilem menerusi Rendang Untuk Mertua, Tikar Buruk, Sebening Azan Dialun, Eropah, Here I Am, Wanita Terindah dan Lahzeye Bi Payan.

13. Selaku penyanyi, beliau yang memperjuangkan muzik pop tampil dengan album studio berjudul Fazura pada tahun 2017.

14. Menjadi artis Malaysia pertama yang terbit dengan program realiti sendiri berjudul Facing Up To Fazura, bersiaran selama dua musim di saluran antarabangsa E! Asia.

15. Mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.

Foto

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 2

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 3

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 4

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 5

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 6

biodata fazura pelakon wanita popular malaysia 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Perak Today

3. Harian Metro

4. Instagram Fazura




Hakcipta iluminasi.com (2017)