Kredit foto: dapurkakjee.com

Pelakon Farouk Hussain dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana demam panas yang melampau.

Berita itu didedahkannya menerusi laman Instagram bersama sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang terlantar lemah di katil wad.

"Terima kasih banyak-banyak kepada doktor dan semua staf unit kecemasan PPUM, Kuala Lumpur yang telah membantu semasa saya ke unit kecemasan sebab saya demam panas yang amat tinggi semalam," tulisnya.

Di kesempatan itu, Farouk merakamkan ucapan terima kasih atas servis baik yang diberikan staf PPUM.

"Perhatian segera dan pantas diberikan oleh staf PPUM, amat saya menghargai segalanya. Terima kasih banyak-banyak ikhlas dari saya," katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terkejut dengan berita gempar itu.

Mereka berharap agar Farouk diberikan kesembuhan dengan segera,

@zanie_leman: Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan untuk abang Farouk Hussain. Jaga diri dan dapatkan rehat yang cukup.

@muhamad_pitt: Jaga kesihatan sebab nampak kurus sangat. Semoga nana segera sembuh. Jaga diri nana.

@alkhairid: Semoga cepat sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan. Sakit penghapus dosa.

@dato.kassim: @faroukhussain1967 kami doakan agar tuan cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

@tokdeanz: Semoga abang segera sembuh. Semoga Allah permudahkan segala urusan serta janganlah dipersulitkan. Segala yang baik-baik hanya untuk abang. Amin.

Bagaimanapun, Farouk menerusi ruangan komen menjelaskan keadaannya sudah beransur pulih selepas mendapat rawatan.

"Terima kasih banyak-banyak atas doa kawan-kawan semua. Saya dah bertambah baik berkat doa kawan-kawan semua. Suspek denggi tapi nasib baik bukan. Hanya viral fever dan panas yang terlampau tinggi," tulisnya.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)