Oleh pada 22 Jun 2017 kategori

Selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom oleh tentera Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua, pembangunan dan ekonomi Jepun ranap. Namun, kini Jepun merupakan antara kuasa utama dunia dalam pelbagai segi termasuk perindustrian dan pembuatan. Ini adalah disebabkan sikap rakyatnya yang sangat rajin, disiplin dan berdedikasi.

Budaya kerja Jepun yang sangat efisyen dan berkesan patut diambilguna oleh perusahaan global untuk memperkasakan dan mempertingkatkan pertumbuhan perniagaan serta budaya sendiri. Budaya ini merupakan sesuatu yang membawa Jepun ke mata dunia. Jika budaya dan amalan-amalan ini diterapkan di dalam masyarakat sudah tentunya ia dapat mengubah tingkah laku manusia secara positif seterusnya memberikan manfaat kepada negara secara menyeluruh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Iluminasi.com ingin berkongsi 12 amalan dan budaya kerja yang ada pada orang Jepun yang berjaya memacu negara mereka sebagai salah sebuah kuasa besar dunia.

1. Orang Jepun akan memberikan yang terbaik

fl20130521lpa 870x514 415x260

Ia menjadi kelaziman ramai pekerja yang mengatakan bahawa mereka boleh menyelesaikan sesuatu pekerjaan walaupun ianya melebihi daripada kemampuan mereka, namun bagi orang Jepun, ia adalah sebaliknya. Mereka akan menerima sesuatu kerja yang diberikan dengan rasa sederhana namun hasil yang diberikan sangat lah mengagumkan.

2. Bilik mesyuarat bukannya sekadar untuk berbincang

mesyuarat

Di mana-mana syarikat serata dunia biasanya mengganggap bilik mesyuarat atau konferens sebagai tempat untuk membincangkan kerja-kerja sedia ada dan mencapai kata sepakat mengenai projek tertentu. Namun bagi orang Jepun, ia lebih daripada itu. Bilik mesyuarat mereka merupakan tempat untuk melaporkan kemajuan yang dicapai, dan ia menjadi satu platform meningkatkan daya efisyen mereka.

3. Lambat buat keputusan tidak mencerminkan ketidakcekapan seseorang

102514321 465574468 530x298

Memang betul jika seseorang itu lambat untuk bertindak dan memberikan keputusan, individu itu dikatakan tidak cekap dan tidak boleh diharap. Berbeza dengan orang Jepun, cepatnya membuat keputusan tidak memberikan jaminan bahawa ia adalah keputusan yang tepat. Mereka biasanya akan mengambil masa lebih lama untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan perbezaan dalam proses membuat keputusan. Risiko dan peluang akan diteliti terlebih dahulu dan bagaimana keputusan tersebut akan memberikan impak kepada syarikat secara menyeluruh. Dokumentasi serta mesyuarat-mesyuarat akan diadakan bagi menyemak keputusan yang akan dibuat sekaligus meminimakan kesilapan dan meningkatkan konsistensi.

4. Selesaikan masalah daripada memberi alasan

japan nuclear crisis work 006

Cara bekerja yang amat dikagumi yang ada pada orang Jepun adalah mereka tidak memberikan alasan jika sesuatu kesalahan dilakukan sebaliknya mencari penyelesaian. Bagi mereka tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dan apa yang membezakan mereka adalah menerima kesalahan tersebut dan cari cara untuk betulkan dan elakkan pada masa akan datang. Mereka dilatih dengan cara ini sehinggakan tiada kepentingan bagi mereka untuk menyalahkan sesiapa.

5. Tidak berpuas hati dengan kejayaan

25 most interesting things about japanese business culture that you mayn t know 13

Sudah tentu anda akan dipuji jika sesuatu kejayaan dicapai, namun jangan harap ia akan berlaku di Jepun. Mereka seolah-olah tidak berminat dengan hasil yang dicapai tetapi lebih memberi perhatian kepada proses bagaimana ia dicapai dan cara untuk menjadikan ia lebih baik pada masa hadapan. Proses ini dikenali sebagai Kaizen yang dalam kebanyakan bidang akan dilaksanakan dengan merancang, melakukan dan melihat hasilnya. Daripada hasil itu mereka akan menganalis apa yang mereka boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Mereka lebih kepada menggunakan hasil sebagai peluang untuk belajar dan reflek, tidak seperti kebanyakan orang yang mengganggap hasil itu adalah kejayaan semata-mata.

6. Menghitung segala perkara

8432330494 d3cd896e0b o 80

Orang Jepun tidak terlalu percayakan pendapat dan pertimbangan peribadi tetapi lebih kepada menilai daripada statistik. Mereka akan menghitung segalanya termasuk sesuatu yang tidak boleh dilihat. Dengan ini segala perancangan yang akan dibuat akan lebih jelas dan sistematik.

7. Mengenali rakan sekerja

bersosial

Sikap yang amat dikagumi ini sememangkan memberikan hasil yang sangat memuaskan. Jika disiang hari mereka bergelut dengan masalah perniagaan namun ianya berubah serta-merta menjelang malam. Mereka tidak akan membincangkan hal kerja sebaliknya menggunakan masa di luar waktu kerja untuk bersosial dan mengenali rakan sekerja atau rakan kongsi secara menyeluruh. Ini amat penting dalam perniagaan kerana ia membina kepercayaan dan meluaskan komunikasi sesama mereka.

8. Mengambil pendapat semua dalam membuat keputusan

w3 history text a 20131201 e1385822046835

Ia seperti satu proses yang membuang masa pada awalnya, namun cara ini adalah lebih berkesan. Mereka akan meminta pendapat semua yang terlibat dalam melakukan sesuatu keputusan kerana apabila memberikan kerjasama, ia disusuli dengan komitmen. Dan apabila sesuatu keputusan atau idea telah dibuat, semua orang akan berasa ianya merupakan idea mereka bersama dan berasa hak saksama dalam memberikan idea. Cara ini membuatkan mereka lebih dihargai serta tidak meninggalkan sesiapa terkebelakang.

9. Bekerja kerana nilai

591333 xxl

Ia sememangnya agak aneh, namun mereka tidak seperti orang lain yang hanya mementingkan kejayaan semata-mata. Daripada bekerja untuk menjadi seorang yang berjaya, orang Jepun lebih mementingkan bekerja untuk menjadi orang yang bernilai. Usaha keras akan dilontarkan untuk memberikan nilai yang terbaik kepada pelanggan.

10. Tidak pecat tetapi latih

japanese 1443773687 440

Semangat yang sangat bagus ditunjukkan oleh orang Jepun apabila mereka tidak akan memecat sewenangnya melainkan hanya pekerja mahu berhenti. Pekerja yang dilihat tidak cekap akan dilatih oleh syarikat dengan apa cara sekalipun bagi membantu mereka bertambah baik. Ia sangat berbeza dengan kita yang sering melihat ketidakcekapan seseorang itu sebagai liabiliti dan memecat serta mencari pengganti baru yang tidak pasti sama ada lebih baik atau buruk. Dan pekerja yang dipecat itu tidak akan menjadi bertambah baik dan secara tak langsung menyumbang kepada ketidakcekapan negara jika dilihat daripada skala besar.

11. Keseragaman pemikiran

1 7r78fr3dwdmfmcmatkkzdw

Bagi kebanyakan negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan latarbelakang, ia bermakna terdapat pelbagai cara berfikir. Jika ia dilihat dan diteliti, dalam kebanyakan situasi, ianya tidak akan memberikan kemajuan kerana masing-masing tidak memberi pendapat disebabkan terlalu banyak perbezaan. Namun bagi orang Jepun, semua orang mempunyai latarbelakang yang sama untuk memahami sesuatu situasi. Kelebihan daripada perkara ini adalah mereka tidak perlukan perkataan untuk memahami sesuatu dan ini merupakan satu kemahiran komunikasi penting di Jepun.

12. Hormat dan rujuk kepada yang lebih tua

japan bow

Budaya ini adalah antara yang paling penting dalam sesebuah organisasi atau perniagaan. Mereka menghargai individu yang lebih tua kerana kebijaksanaan dan pengalaman yang telah dicurahkan kepada syarikat. Umur dianggap seperti pangkat, seseorang itu dikatakan semakin penting apabila semakin tua. Jika dilihat dalam budaya kita di Malaysia, ramai anak muda yang tidak menghormati mereka yang lebih tua hanya kerana kejayaan yang dikecapi.

Apabila menunduk tanda hormat, golongan muda akan menunduk dengan sebenar tunduk menunjukkan rasa hormat kepada senior. Bagaimana untuk mengambil ini sebagai contoh? Hormat dan rujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman, dan jika anda tidak bersetuju dengan pihak atasan, cuba untuk luahkan secara persendirian. Jangan cuba untuk mempersoalkan kuasa mereka secara terbuka.

Sumber : VNManpower




Hakcipta iluminasi.com (2017)