Artikel ini ditulis oleh Wan Muhammad Najib di laman facebook miliknya dan pihak Iluminasi telah mendapatkan kebenaran beliau untuk mengulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermanfaat kepada semua.
Ramai yang pernah mengalami situasi yang tak diingini ini. Berlaku kemalangan, kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang tidak mempunyai insurans. Kemudian, pemilik kenderaan tersebut pula tak mahu bertanggungjawab dan bayar. Dia kata bukan salah dia! Adoi, dah la cedera, takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Di mana kita boleh tuntutan?
BESARKAN TEKS A- A+
Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh dibuat tuntutan dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB) .
Berikut beberapa maklumat mengenai Motor Insurers' Bureau (MIB)
1. Apa itu MIB tu apa?
Syarikat insurans ke? Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak mempunyai insurans.
2. MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
3. Bagaimana cara membuat tuntutan dengan MIB?
Sebelum buat tuntutan dengan MIB anda perlu beri perhatian kepada perkara-perkara ini terlebih dulu:
- Tuntutan MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
- MIB tidak menerima kes langgar lari. Anda mesti maklum tentang nombor plat kenderaan yang melanggar anda.
- Tuntutan mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
- Jika kita melantik peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
- MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income dan sebagainya tidak akan dilindungi oleh MIB.
- Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
4. Apakah dokumen yang perlu dihantar ke MIB untuk membuat tuntutan?
- Surat kepada MIB mengandungi butiran kejadian, kerana untuk tuntutan dan senarai dokumen yang disertakan.
- Laporan polis.
- Laporan polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
- Laporan perubatan.
5. Ke mana dokumen perlu dihantarkan?
Dokumen yang telah siap bolehlah dihantarkan ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Jangan lupa kongsikan kepada semua!