Oleh pada 10 Nov 2017 kategori

negara dengan kadar kematian kemalangan tertinggi

Kemalangan kenderaan darat merupakan antara sebab utama kematian di seluruh dunia ditambah pula dengan sikap manusia yang tidak peka dan cermat dalam pemanduan mereka. Selain itu, kemalangan jalan raya juga merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung. Mari kita lihat Malaysia berada di tangga ke berapa bagi negara dengan kadar kemalangan jalan raya tertinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Iraq

kemalangan iraq 857

Iraq terletak di tempat ke-7 mempunyai kadar kematian jalan raya sebanyak 31.5 daripada setiap 100,000 penduduk. Ini bermaksud daripada 100,000 yang tinggal di negara Iraq, 31.5 daripada mereka mengalami kemalangan jalan raya yang membawa kepada kematian. Kadar ini sangat membimbangkan 37.2 juta rakyat negara Iraq kerana ini telah meletakkan mereka dalam keadaan berisiko untuk mati apabila mereka memandu kereta.

6. Afrika Selatan

kemalangan afrika selatan 956

Afrika Selatan mempunyai 55.91 juta penduduk berdasarkan maklumat statistik pada tahun 2016 dan daripada jumlah ini ramai juga di antara mereka yang mengalami kemalangan jalan raya akibat daripada pelbagai faktor. Kadar kematian daripada kemalangan jalan raya bagi Afrika Selatan adalah sebanyak 31.9 per 100,000 penduduk. Kadar kematian secara umum pula adalah sebanyak 16.99 per 1000 penduduk bagi negara di benua Afrika ini.

5. Nigeria

kemalangan nigeria 121

Nigeria merupakan sebuah negara yang agak besar dengan populasi penduduk sebanyak 186 juta berdasarkan statistik daripada tahun 2016. Kadar kematian kemalangan jalan raya di negara benua Afrika ini adalah sebanyak 33.7 per 100,000 penduduk dan ia juga mencatatkan kematian sebanyak 10,050 setahun secara purata. Antara sebab kematian ini berlaku di negara Nigeria ialah pemanduan yang terlalu laju dan keadaan jalan raya yang buruk.

4. Iran

kemalangan iran 372

Populasi penduduk negara Iran adalah sebanyak 80.28 juta dan ini menunjukkan peningkatan penduduk yang baik iaitu sebanyak 60 juta berbanding 60 tahun yang lepas. Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah fakta bahawa kadar kematian disebabkan kemalangan raya di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia dengan kadar sebanyak 34.1 per 100,000. Kemalangan ini berlaku disebabkan kurang perhatian diberikan kepada faktor keselamatan jalan raya oleh rakyatnya.

3. Venezuela

kemalangan venezuela

Jumlah penduduk negara Venezuela adalah sebanyak 31.57 juta namun ia tidaklah begitu besar jika dibandingkan kadar kematian penduduk negara ini. Caracas, Venezuela mempunyai kadar jenayah tertinggi dan ini memburukkan lagi keadaan kerana kadar kemalangan trafik mereka meningkat disebabkan faktor ini. Negara ini mempunyai kadar kemalangan jalan raya sebanyak 37.2 juta per 100,000 penduduk dan ini membimbangkan presiden dan rakyat negara mereka.

2. Thailand

kemalangan thailand 458

Negara jiran kita berada di tempat kedua dengan kadar kematian trafik sebanyak 38.1 juta per 100,000. Jumlah populasi negara Thailand adalah sebanyak 68.86 juta dan pada tahun 2015 ia mencatatkan hampir 80 kematian setiap hari. Keadaan ini adalah disebabkan kurang ketatnya undang-undang berkaitan memandu ketika mabuk selain pemandu jalan raya negara ini gemar memecut tanpa memikirkan keselamatan mereka dan orang lain.

1. Republik Dominica

kemalangan dominican republic 384

Republik Dominica merupakan sebuah negara yang terletak di Caribbean dan mempunyai jumlah penduduk seramai 10.65 juta. Kadar kemalangan trafik adalah sebanyak 41.7 per 100,000 dan kemalangan utama negara ini berlaku melibatkan penunggang motosikal.

Faktor utama kematian adalah disebabkan pemanduan yang bahaya seperti ramai remaja membuat "wheelie" di jalan raya. Selain itu, faktor ekonomi juga mempengaruhi kemalangan ini kerana pengguna motosikal adalah lebih banyak berbanding kereta. Kita juga mengetahui motosikal mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kereta.

18. Malaysia

kemalangan malaysia

Walaupun Malaysia tidak berada di tempat 10 teratas dalam kadar kemalangan trafik ini, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Kita harus sedar yang kadar kematian negara kita merupakan antara tertinggi di dunia. Ini kerana sikap pemandu negara kita yang tidak peka dengan peraturan keselematan jalan raya yang telah ditetapkan.

Sebab utama kematian jalan raya berlaku di negara kita adalah disebabkan pemanduan berbahaya semasa di jalan raya oleh rakyat negara kita. Situasi ini dikeruhkan lagi dengan keadaan jalan raya yang teruk menyebabkan kemalangan lebih mudah berlaku. Kita mempunyai kadar sebanyak 25 kematian per 100,000 penduduk.

Pandulah dengan cermat dan ingatlah orang tersayang semasa memandu kereta ataupun menunggang motosikal. Tidak lupa juga kepada pejalan kaki supaya melintas dengan cermat kerana kemalangan jalan raya juga berlaku bagi pejalan kaki

sumber: World Atlas




Hakcipta iluminasi.com (2017)