Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

Terbabit dalam kemalangan adalah satu pengalaman yang sangat menakutkan dan boleh menyebabkan seseorang itu trauma seumur hidup dan berasa takut untuk ke mana-mana menaiki kenderaan. Oleh hal yang demikian, apa perkara yang dilakukan oleh mangsa kemalangan selepas daripada tragedi kemalangan yang dialaminya merupakan satu perkara yang amat penting kerana ia akan memberi impak yang sangat besar pada masa akan datang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut merupakan senarai perkara-perkara asas yang perlu dilakukan seseorang yang baru sahaja mengalami kemalangan :

1. Berjumpa dengan doktor

doktor dapat memberikan khidmat nasihat yang baik 345

Ini merupakan perkara yang paling penting. Anda hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaan yang anda alami disebabkan oleh kemalangan. Anda juga perlu menjalankan pemeriksaan pada badan anda untuk menjalankan tindakan yang lebih lanjut terhadap kecederaan anda.

2. Jangan keluar rumah buat sementara waktu

rumah 496

Elakkan daripada keluar dari rumah dalam masa terdekat dan banyakkan berehat dan tenangkan diri semasa berada di rumah. Hal ini demikian kerana, pengalaman yang anda alami semasa kemalangan yang baru sahaja berlaku akan sedikit sebanyak mengganggu fokus anda untuk membawa kederaan dan anda mungkin akan mengalami trauma semasa memandu.

3. Luangkan masa bersama ahli keluarga

luangkan masa bersama keluarga 722

Ahli keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Luangkan masa anda bersama mereka dan mintalah nasihat atau kata-kata semangat daripada mereka. Anda akan berasa lebih tenang dan selesa ketika bersama dengan ahli keluarga anda.

4. Sentiasa bersikap positif

positif

Sikap negatif akan melemahkan diri dan semangat anda. Oleh hal yang demikian, tanamkan sikap positif di dalam diri anda dan kuatkan semangat anda untuk tempuhi cabaran yang baru. Anggaplah ini semua ujian daripada Tuhan untuk menguatkan kita. Jadikan ini sebagai satu dugaan untuk hidup lebih kuat dan menjadi seorang yang berjaya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)