Shinkansen atau Bullet train, merupakan antara salah satu daripada kemajuan teknologi terkenal di Jepun dan mendapat perhatian serta pengiktirafan daripada dunia luar. Menerusi Shinkansen, perjalanan di antara Tokyo dan Shin-Osaka hanya mengambil masa 2 jam 25 minit sahaja dengan kelajuan maksimum 270 kilometer sejam.

Kereta api ini kini berusia 54 tahun dan telah menjadi medium pengangkutan utama bagi 5 billion pengguna.

BESARKAN TEKS     A-  A+

shinkansen fast bullet train selfie

Antara tarikan utama pengunjung ke negara matahari terbit terhadap shinkansen sudah tentunya kelajuannya. Namun terdapat sebab-sebab lain seperti ketepatan, keselesaan dan keselamatan.

iluminasi.com ingin kongsikan rahsia-rahsia yang membuatkan shinkansen menjadi kereta api paling hebat di dunia.

Rashia #1 - Konduktor berkemahiran tinggi

3 sebab membuatkan shinkansen sebagai kereta api terhebat dunia 3

Sebanyak 120,000 kereta api menggungakan landasan shinkansen Tokaido setiap tahun. Pada hari yang sesak, lebih daripada 400 kereta api menggunakannya. Dari segi masa, jika dibahagikan ia bermakna 1 kereta api akan tiba setiap 3 minit.

Disebabkan jarak masa ini terlalu singkat, ia bermakna jika sebuah kereta api terlewat walaupun sedikit, ia akan memberikan kesan kepada kereta api yang dalam perjalanan. Dan disebabkan ini jugalah tempoh kelewatan purata bagi kereta api ini hanyalah 30 saat.

Ia mengambil kira kemungkinan berlakunya bencana alam seperti taufan dan lain-lain. Ia bermakna pada hari-hari biasa, kereta api ini tidak akan terlewat.

Landasan kereta api ini juga tidaklah begitu banyak membuatkan ketepatan adalah perkara yang sangat penting bagi membawa sebanyak penumpang yang boleh. Namun, ini bukanlah sebab mengapa kereta api ini sangat menepati waktu.

Sebabnya adalah, konduktor kereta api ini sendiri. Mungkin anda fikir kerja-kerja konduktor ini adalah mudah kerana teknologi yang tinggi, namun itu bukan sebabnya.

1. Pengiraan kelajuan yang tersangat tepat

3 sebab membuatkan shinkansen sebagai kereta api terhebat dunia 2

Konduktor shinkansen sentiasa mengira kelajuan yang diperlukan kereta api ini untuk sampai ke stesen seterusnya dengan tepat seperti yang dirancangkan. Setiap kali kereta api ini sampai dan berlepas dari stesen, konduktor akan mengumumkan berapa tempoh kelewatan kereta api ini dalam saat, menggunakan jam randik yang disediakan oleh syarikat.

Segala meter adalah digital kecuali jam tersebut. Kenapa? Ia kerana bagi jam digital, anda perlu mengira sama ada ia berjalan dengan pantas atau tidaklambat, tetapi anda boleh tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke stesen seterusnya dengan hanya sekali pandang menggunakan jam analog.

3 sebab membuatkan shinkansen sebagai kereta api terhebat dunia 9

Dengan menggunakan jam randik, pengiraan saat mudah dilakukan. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai 1 jam untuk sampai ke stesen dengan jarak 100km, jadi anda akan memandu dengan kelajuan 100km sejam. Jam randik memudahkan ia dilakukan kerana lebih visual.

Bagi memastikan ketepatan, konduktor juga akan mengira berapa jauh dan lama untuk sampai ke stesen seterusnya walaupun tidak akan berhenti di stesen tersebut. Jika kereta api ini lebih laju atau perlahan seperti yang dijadualkan, kelajuan akan diubah.

Dengan teknik yang sangat mahir ini mereka membetulkan jurang dalam masa di setiap stesen yang mereka lalui.

b. Persediaan rapi kepada kejadian tidak diingini

dock pilot kereta api bullet train shinkansen

Ketika shinkansen beroperasi, ia mungkin akan mengalami masalah, namun tidak sehingga memberhentikan kereta api ini. Dan apabila ini berlaku, konduktor tak boleh menukar jadual membuatkan mereka harus berhadapan dengan masalah ini ketika memandu.

Untuk kekal tenang apabila sesuatu berlaku, konduktor kerap berlatih memandu simulator. Simulator ini menghasilkan situasi di mana pelbagai masalah berlaku. Ketika konduktor memandu, beliau akan merujuk manual dan menyebut pendekatannya dengan suara yang lantang.

Dan ketika melakukan ini, beliau juga mengira kelajuan dan melaraskan pemecut kereta api. Dengan latihan yang kerap, konduktor akan menjadi mahir dalam mengawal diri ketika sesuatu berlaku.

Rahsia #2 - Kehebatan kakitangan pembersihan

cleaner shinkansen kereta api peluru

Kemahiran konduktor bukan faktor penentu terhadap ketepatan dan keselesaan shinkansen. 

Apabila shinkansen sampai di destinasi terakhir, sebelum berpatah balik ke destinasi seterusnya, mereka mempunyai kurang dari 10 minit tidak termasuk membenarkan penumpang untuk masuk dan keluar.

Dalam tempoh yang sangat singkat ini, pekerja-pekerja memastikan bahagian dalaman kereta api ini kemas dan bersih.

pekerja pembersihan shinkansen

Sejurus selepas pintu dibuka, pekerja-pekerja ini akan masuk dengan pantas dan terus mengelap tempat duduk, tingkap, meja dan menukarkan penutup tempat duduk. Sambil itu mereka memegang pencuci elektrik dan beg sampah. 

Dalam kurang daripada 10 minit, kereta api ini menjadi tersangat bersih, dan kemudiannya memberikan tunduk hormat kepada penumpang yang sedang menunggu di platform.

Mungkin lebih mudah faham jika anda tonton video ini.

Ketika Presiden TGV (syarikat kereta api Perancis yang dikatakan paling laju di dunia) melawat Jepun, beliau berkata, "Tak ada apa yang boleh menandingi shinkansen. Saya ingin bawa kakitangan pembersihan pulang ke Perancis dan bekerja dengan saya,".

Dengan bantuan kakitangan pembersihan yang cekap, shinkansen mampu meneruskan perjalanan mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan sambil membuatkan penumpang seterusnya berasa selesa.

Rahsia #3 - Sistem pemeriksaan keselamatan yang terperinci

sistem keselamatan shinkansen yang hebat

Pada tahun ke-50 beroperasi, tidak pernah ada kematian yang berkaitan dengan kemalangan kereta api. Ia bukanlah satu kebetulan tetapi semakan keselamatan yang begitu terperinci dilakukan shinkansen.

a. Pemeriksaan 4 lapis

maintenance shinkansen train

Pemeriksaan shinkansen ditubuhkan sebagai sistem 4 peringkat oleh ordinan menteri. Setiap dua hari, pemeriksa akan memeriksa kecacatan kereta api ini melalui sentuhan dan penglihatan. Mereka juga memeriksa pendawaian di udara dan juga kerosakan brek.

  1. Setiap bulan, shinkansen akan menjalani pemeriksaan lengkap dan disemak dua kali bagi memastikan ia beroperasi seperti biasa. Pemeriksaan yang sangat terperinci dijalankan di mana 4 orang akan memeriksa bolt pada shinkansen dan akan digantikan semuanya jika terdapat kerosakan. Pintu-pintu juga akan diperiksa di mana terdapat 27 bahagian yang perlu diberikan perhatian. Jika hanya satu sahaja pintu yang rosak, ia akan menjadi penghalang kepada penumpang untuk keluar masuk dan mengakibatkan kelewatan.
  2. Setiap 6 bulan enjin dan gerabak akan dipisahkan. Putaran motor diperiksa untuk melihat sama ada mana-mana gandar menjadi lemah, atau masalah lain.
  3. Setiap 3 tahun, pemeriksaan keseluruhan secara besar-besaran dilakukan. Hampir keseluruhan kereta api ini dibuka dan diperiksa dengan teliti yang memakan masa lebih daripada 2 minggu. Ia kemudiannya dipasangkan semula dan dicat baru.
  4. Bagi satu kereta api yang mempunyai 16 gerabak, ia akan melalui lebih daripada 500 pemeriksaan dalam masa 3 tahun. Jumlah yang sangat besar ini adalah kunci kepada keselamatan pengguna.

b. Pemeriksaan rel

Bagi landasan pula, terdapat sebuah kereta api istimewa yang dikenali sebagai Dr. Yellow yang dipandu dengan kelajuan 270 km sejam yang memeriksa keadaan rel, pendawaian udara, dan isyarat.

Anda amat beruntung jika dapat melihat Dr. Yellow kerana ia sangat sukar untuk dilihat. Dr. Yellow menjalankan pemeriksaan berdasarkan dua perkara:

  1. Pemeriksaan landasan : Ia memeriksa rel menggunakan laser dan mengukur jurang sekecil 1 milimeter
  2. Pemeriksaan pndawaian udara : memeriksa keadaan wayar 

Pemeriksaan ini dijalankan setiap hari pada lewat malam dan kakitangan yang menjalankan pemeriksaan ini mencecah 3,000 orang setiap malam. 

c. Mesin gantian balast pertama di dunia

Batu-batu yang diletakkan 1 meter di bawah trek dikenali sebagai balast dan disedut oleh gegaran yang dihasilkan oleh kereta api yang bergerak. Ia berfungsi menghapuskan jurang pada landasan dan membantu menghalang bunyi bising.

Disebabkan shinkansen beroperasi setiap hari dengan kelajuan yang tinggi, lapisan atas batu ini terhakis dan perlu diganti setiap hari. Bagi memudahkan kerja ini, sebuah mesin pengganti balast telah dihasilkan di Jepun dan merupakan yang pertama di dunia.

shinkansen fast bullet train

Rujukan:

1. Traveller

2. Tsunagu Japan

3. Blog WSJ




Hakcipta iluminasi.com (2017)