naga dragon ball ribut taufan

Puting beliung adalah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Walaupun Malaysia pernah diserang angin kuat atau puting beliung, namun kita harus bersyukur ia hanya merosakkan harta benda dan tak cukup kuat untuk membunuh.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 peristiwa puting beliung paling dahsyat pernah berlaku.

5. Puting beliung Manikganj, Singair dan Nawabganj 1973

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 5

Bangladesh merupakan negara yang agak kerap dilanda puting beliung. Pada tahun 1973, kawasan yang paling tinggi populasi iaitu Manikganj, Nawabganj dan Singair telah dilanda puting beliung menyebabkan kehancuran besar terhadap harta benda dan nyawa.

Dikhabarkan seluruh kampung musnah secara keseluruhan dan juga beberapa kawasan utama di 9 buah bandar. Sebanyak 680 kematian dicatatkan dalam bencana ini yang dianggap sebagai antara kejadian puting beliung paling dahsyat dalam sejarah.

Pembentukan puting beliung tersebut terjadi oleh gabungan 2 siklon yang menjadi penghancur. Walaupun 680 kematian dicatatkan, ada yang mengatakan lebih dari 1000 nyawa terkorban.

4. Puting beliung Tri State 1925

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 8

Puting beliung Tri State adalah yang paling dahsyat dan menghangcurkan yang pernah berlaku di Amerika Syarikat. Ketika berlaku, kelajuan puting beliung ini mencecah kadar F5 oleh skala Fujita, iaitu yang paling tinggi pernah dicatatkan di negara ini.

Puting beliung ini melanda lebih daripad 3 jam dan menjadi punca kepada 8 lagi puting beliung kecil. Ia melanda 3 buah negeri iaitu Indiana, Illinois dan Missouri dan 8 puting beliung kecil melanda negeri seperti Kansas, Kentucky, Tenessee dan Alabama.

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 9

Kelajuan angin dianggarkan selaju 480 kilometer sejam dan jumlah kematian keseluruhan dicatatkan sebanyak 750 nyawa. Kesan kemusnahan yang ditinggalkan adalah sejauh 352 kilometer yang memusnahkan 15,000 buah rumah.

3. Puting beliung Madarganj ke Mirzapur 1996

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 4

Sekali lagi berlaku di Bangladesh iaitu pada tahun 1996. Hanya satu puting beliung terlibat yang bergerak dari Madarganj sehingga Mirzapur sejauh 120 kilometer. Ia telah memberi kesaan kepada beberapa daerah lain termasuklah Shakipur, Jamalpur, Gopalpur, Kallhati, Basail dan Tangail.

Sebanyak 3,000 buah rumah musndah dan menyebabkan 700 nyawa melayang. Mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan bahawa mereka melihat mangsa lain dibawa angin lebih daripada 1 kilometer. Pasukan penyelamat menyaksikan ramai mayat yang tersangkut di atas pokok ketika menjalankan proses menyelamat.

2. Puting beliung Timur Pakistan 1969

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 2

Kejadian puting beliung kedua paling dashyat dalam sejarah berlaku di Timur Pakistan pada tahun 14 April 1969.

Dalam kejadian paling buruk di Pakistan ini, lebih daripada 700 menjadi mangsa angin ini dan lebih daripada 4,000 yang lain cedera.

Kemusnahan bermula dari Dhaka dan pada hari yang sama Bangladesh juga dipukul puting beliung yang meragut 300 nyawa. Jadi nyawa yang terkorban menjadi lebih daripada 1,000 yang disebabkan oleh puting beliung yang sama.

1. Puting beliung Daulatpur Salturia 1989

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia

Mungkin senarai ini patut dinamakan "Tragedi puting beliung paling dahsyat di Bangladesh" kerana kebanyakannya berlaku di negara ini. Berlaku pada tahun 1989 di wilayah Daulatpur adalah tragedi puting beliung paling dahsyat dalam sejarah.

Puting beliung dengan saiz lebih 800 meter ini telah bergerak sejauh 80 kilometer yang meranapkan 20 buah kampung dan membuatkan 80,000 penduduk hilang tempat berteduh.

peristiwa puting beliung paling dahsyat dalam dunia 2 666

Lebih daripada 1,300 nyawa dilaporkan terkorban yang merupakan angka kematian tertinggi dalam sejarah akibat puting beliung.

Kemarau yang berlarutan selama 6 bulan itu dikatakan menjadi penyebab yang mempengaruhi keadaan atmosfera.

Rujukan :

1. Teninsider

2. Thought 


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)