Oleh pada 19 May 2018 kategori

Setelah lebih daripada 1 minggu kerajaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan Malaysia yang baru, kini Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyenaraikan senarai 13 menteri kabinet yang baru. 

Antara jawatan menteri yang boleh dikatakan paling penting sudah tentulah Menteri Pendidikan, yang mana akan bertanggungjawab penuh terhadap pendidikan di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kerajaan pakatan harapan kerajaan baharu malaysia 2

Sebelum ini, jawatan ini diumumkan dipegang oleh Perdana Menteri sendiri namun disebabkan manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang mana-mana portfolio, maka jawatan tersebut dilepaskan dan pelantikan baru dilakukan.

Individu yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu adalah Dr. Maszlee Malik, dan dengan itu iluminasi.com ingin kongsikan biodata ringkas mengenai beliau.

dr maszlee malik menteri pelajaran malaysia yang baharu

Mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), YB Dr. Maszlee Malik adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam. Anak jatih Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

Dr. Maszlee melanjutkan pelajaran ke Jordan dan menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt serta pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya. Kedua-dua sijil ini adalah dalam bidang Fizq dan Usul al-Fiqh.

dr maszlee malik menteri pelajaran malaysia yang baharu 1

Beliau kemudiannya meyertai Madrasah Al-Quran Waddin pada tahun 1989 dan seterusnya ke Maahad Johor.

Pada tahun 2007, Dr. Maszlee melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di Universiti Durham, England dan dikurniakan ijazah kedoktoran pada tahun 2011 dalam bidang Good Governance.

dr maszlee malik menteri pelajaran malaysia yang baharu 5

Bermula tahun 2000, Dr. Maszlee menyertai barisan kepimpinan pendidik Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahy dan Sains Kemanusiaan.

Beliau juga sangat aktif dan terlibat secara langsung dengan pertubuhan-pertubuhan seperti:

  1. ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
  2. ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia
  3. penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti :
    • Teaching for the Needs (TFTN)
    • Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS)
    • Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre
    • Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin
    • penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia

Dari segi media, Dr. Maszlee sangat terkenal sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari.

dr maszlee malik menteri pelajaran malaysia yang baharu 3

Beliau yang kini berusia 44 tahun tidak menyangka akan dilantik menggalas jawatan ini namun berkata sistem pendidikan Malaysia kini harus digubah dengan kaedah baharu. Dr. Maszlee juga berkata sistem kedudukan juga tidak harus menjadi tumpuan lagi.

“Yang perlu diubah antaranya ialah bebanan guru yang perlu melakukan kerja-kerja seperti perkeranian dan tidak menumpukan perhatian kepada perkara utama iaitu mengajar manakala pelajar pula dibebani dengan beg berat kerana perlu membawa buku yang banyak,” katanya.

Sumber:

1. Telaga Biru

2. PRU 14

3. Mei




Hakcipta iluminasi.com (2017)