Oleh pada 13 May 2018 kategori

Apabila Presiden Pakatan Harapan yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mengumumkan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang baharu, ramai seolah-olah tidak berpuas hati dan melepaskan geram dengan memuat naik status di media sosial Facebook.

Pelbagai kritikan dan tohmahan dilontarkan terhadap beliau termasuklah dengan mengaitkan bangsa dan isu perkauman seolah-olah beliau merupakan individu berbangsa Cina pertama yang dilantik untuk memimpin kementerian itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun begitu, ramai juga yang menyokong tindakan Perdana Menteri itu dengan memuji kebolehan Lim Guan Eng dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik. Dengan itu iluminasi.com ingin berkongsi 3 individu berbangsa Cina yang pernah dilantik memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan negara.

1. Kolonel Tun Sir Henry Lee Hau Shik

kolonel tun sir henry lee hau shik individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan

Kolonel Tun Sir Henry Lee Hau Shik atau lebih dikenali sebagai H. S Leemerupakan seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan, yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga merupakan pengasas bersama Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Perikatan.

Beliau adalah antara individu yang menyerti misi Merdeka ke London dan satu-satunya individu berbangsa Cina yang menandatangani perjanjian kemerdekaan Malaya dengan Britain. 

Selain itu, Sir Henry juga merupakan satu-satunya pemimpin utama pergerakan kemerdekaan yang tidak dilahirkan di Tanah Melayu, sebaliknya dilahirkan di Hong Kong. Beliau mendapat pendidikan menengah di Guangzhou pada tahun 1914 sebelum menyambung pelajaran di Queen's College di Hong Kong.

kolonel tun sir henry lee hau shik individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 2

Sir Henry menamatkan ijazah sarjana muda beliau dalam Ekonomi dan Undang-undang dari University of London dan St. John's College, Cambridge yang mana beliau mengenali King George VI, bapa Ratu Elizabeth II.

Selepas mengecapi kemerdekaan pada tahun 1957, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah melantik Sir Henry sebagai Menteri Kewangan pertama. Tugas utamanya termasuklah mewujudkan dasar kewangan negara dan penciptaan Bank Negara Malaya.

Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1959 selepas 2 tahun berkhidmat disebabkan faktor kesihatan.

2. Tun Tan Siew Sin

tun tan siew sin individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 197

Tun Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA ketiga, Menteri Perdagangan dan Industri Malaya pertama dan juga Menteri Kewangan Kedua.

Beliau merupakan anak kepada Tun Tan Cheng Lock, Presiden MCA yang pertama. Tun Tan Siew Sin mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi dalam bidang Undang-undang di England, namun tidak menamatkan pelajarannya.

Disebabkan bimbang akan tercetusnya perang di Eropah, pada Julai 1939, bapanya telah mengarahkan Tun Tan Siew dan 2 orang adik perempuan beliau untuk meninggalkan London dan pulang ke London.

tun tan siew sin individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 2

Kredit gambar : Penerangan

2 bulan kemudian, Adolf Hitler menceroboh Poland menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Dan disebabkan ini, Tun Tan Siew hanya menamatkan tahun pertama pelajarannya di London dan kemudiannya mengambil alih perniagaan perladangan keluarga pada tahun 1939.

Pada tahu 1955, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Melaka dan menyertai kabinet Malaysia sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Pada tahun 1959, beliau menggantikan Tun Sir Henry Lee sebagai Menteri Kewangan dan berkhidmat selama 15 tahun di bawah pemerintahan 2 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sebelum digantikan oleh Tun Hussein Onn pada 1974.

3. Lim Guan Eng

lim guan eng individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 2

Dan Menteri Kewangan ke-3 dari kalangan bangsa Cina adalah Lim Guan Eng, yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) sejak tahun 2004. Sebelum dilantik menjadi Menteri Kewangan ke-12, Lim berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2018.

Beliau merupakan anak kepada Lim Kit Siang, pemimpin pembangkang di Dewan Rakyat dari 1973 hingga 1999 dan 2004 hingga 2008. Isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng adalah ahli DAP dan seorang anggota dewan negeri di Melaka.

Lim Guan Eng merupakan graduan dari Universiti Monash, Australia dalam bidang Ekonomi dan mendapat gelaran akauntan profeional yang berkelayakan pada tahun 1983 ketika berusia 23 tahun.

lim guan eng individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan

Beliau merupakan seorang sangat aktif dan berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa Monash University (MUISS) ketika di Australia. Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, Lim merupakan pegawai senior di sebuah bank. 

Belliau pertama kalinya dipilih sebagai ahli parlimen Kota Melaka pada tahun 1986 selepas menewaskan Datuk Soh Chin Aun dengan majoriti undi sebanyak 17,606. Lim sekali lagi dilantik pada pilihanraya umum berikutnya pada tahun 1990 dan 1995.

lim guan eng individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 3

Selepas menyertai DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989, dan dipilih menjadi Timbalan Ketua Setiausaha DAP pada tahun 1995.

Selepas menyertai DAP, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989 dan secara rasmi dipilih untuk jawatan itu pada 1992. Pada tahun 1995, beliau dipilih sebagai Timbalan Ketua Setiausaha DAP. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Setiausaha Agung parti pada tahun 2004, dan telah memegang jawatan tersebut sejak itu.

Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4 bermula 11 Mac 2008. Di bawah Agenda Ekonomi Sosial (AES), kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan menjadi negeri pertama di Malaysia yang membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah di negeri itu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM770 sebulan. 

lim guan eng individu berbangsa cina yang menjadi menteri kewangan 4

Garis kemiskinan adalah RM763 sebulan bagi setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia. Jadi, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM770 akan ditambah menjadi RM770 setiap bulan.

Dengan kata lain, keluarga yang berpendapatan RM600 sebulan akan menerima RM170 setiap bulan di bawah program ini. Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Menteri Kewangan ke-12 pada 12 Mei 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah pakatan ini mengambil alih tampuk kepimpinan negara setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.




Hakcipta iluminasi.com (2017)