Oleh pada 07 Jul 2018 kategori

Setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengumumkan perlantikan beberapa jawatan menteri kabinet yang sangat ditunggu-tunggu minggu lalu, maka lengkaplah senarai menteri-menteri yang bakal memimpin kementerian masing-masing untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Portfolio Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar dipertanggungjawabkan ke atas bahu ahli parlimen Bakri, iaitu Yang Berhormat Menteri Puan Yeo Bee Yin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan masih ramai yang tidak mengenali beliau, iluminasi.com ingin kongsikan 5 fakta menakjubkan mengenai menteri wanita termuda dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapaan.

1. Seorang gadis kampung biasa

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 8

Yeo Bee Yin dilahirkan pada 26 Mei 1983 di Segamat, Johor. Ketika berusia 10 tahun iaitu sebelum keluarganya berpindah ke "bandar" di Batu Anam, Yeo tinggal di ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Ladang Gomali.

Yeo mendapat inspirasi daripada kisah ibu saudaranya, Yeo Swee Lan yang merupakan graduan universiti wanita pertama di Batu Anam, membuatkan Yeo sedar bahawa sebagai kanak-kanak perempuan, beliau juga boleh memperoleh kelayakan pendidikan yang baik.

2. Berhadapan dua kemalangan yang hampir meragut nyawa

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 107

Menerusi laman blognya, Yeo menceritakan kisah-kisah di mana beliau berhadapan dengan pengalaman yang hampir-hampir meragut nyawanya.

Ketika beliau baru belajar berjalan, Yeo pernah terjatuh menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu sofa yang tajam. Insiden itu mengabitkan keseluruhan tengkorak kepalanya menjadi lembut.

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 3

Beliau dirawat di unit kecemasan untuk beberapa hari dan ditahan di Hospital Tuanku Jaafar untuk tempoh yang lama. 

Beberapa tahun kemudian ketika berusia 5 tahun, Yeo sekali lagi mengalami kemalangan apabila dilanggar oleh sebuah kereta ketika berlari ke atas jalan rasa sewaktu bermain.

Nasibnya baik ketika itu, pemandu kereta tersebut merupakan seorang doktor dan dengan pantasnya merawat Yeo ketika kejadian berlaku. 

3. Penerima biasiswa Yayasan Bill dan Melinda Gates

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 4

Yeo merupakan seorang pelajar yang sangat pintar dan cerdas sejak di bangku sekolah. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas.

Yeo merupakan penerima Biasiswa Petronas dan menamatkan pelajaran dengan Ijazah Kelas Pertama. Selepat tamat pelajaran, Yeo mula bekerja dengan syarikat Schlumberger selama 2 tahun. Beliau pernah bertugas sebagai jurutera di Turkmenistan.

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 2

Kemudian, beliau menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Falsafah dalam Kejuruteraan Kimia Lanjutan di Universiti Cambride, yang mana beliau menerima biasiswa daripada Yayasan Bill dan Melinda Gates (milik Bill Gates), di bawah program Gates Cambridge Scholarship.

Beliau menamatkan pengajian tersebut dengan kepujian (Commendation).

4. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor termuda

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 6

Yeo Bee Yin menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli sepenuh masa pada Ogos 2012, dan Pilihan Raya ke-13 (PRU13) merupakan kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya politik.

Beliau yang bertanding di DUN Damansara Utama (N36) telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 30,689 undi, yang juga majoriti tertinggi bagi peringkat DUN dalam PRU13.

Kemenangan ini menjadikan Yeo, yang ketika itu berusia 29 tahun, sebagai ADUN Damansara Utama, sekaligus menjadikan beliau ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang termuda dari tahun 2013 hingga 2018.

5. Prihatin tentang pendidikan kanak-kanak miskin

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 5

Prihatin terhadap pendidikan orang ramai, pejabat Yeo Bee Yin telah melakukan satu inisiatif dengan membuka dua pusat tuisyen, menawarkan kelas percuma kepada pelajar sekolah berusia di antara 7 hingga 17 tahun di Damansara Bistari dan Kampung Chempaka sejak tahun 2014.

Program ini diberi nama Pusat Tuisyen Rakyat, mensasarkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mana beliau percaya berhak mendapat peluang pendidikan yang sama seperti orang lain.

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 7

Beliau juga menjalankan program yang dikenali sebagai LEAP (Leadership, Education, Activism dan Politik), iaitu kem latihan kepimpinan untuk pelajar-pelajar universiti. Program ini mempunyai matlamat untuk mendidik pelajar mengenai proses politik dan aktivisma di Malaysia.

Program Lawatan Anak Muda (LAM) yang mana membenarkan peserta-peserta muda untuk melawat ke Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Selangor, diasaskan oleh Yeo Bee Yin.

6. Melancarkan sebuah buku

yeo bee yin 6 fakta menakjubkan tentang menteri tenaga 01

Selain sangat pintar dalam pelajaran dan aktif dalam kancah politik, Yeo Bee Yin juga merupakan seorang yang mempunyai kemahiran menulis. Pada awal tahun 2018, Yeo telah melancarkan sebuah buku yang bertajuk "Reimagining Mala ysia".

Buku ini melihatkan perkongsian oleh Yeo mengenai kisah-kisah peribadi dan juga wawasan beliau sebagai ahli parlimen muda, merangkumi pelbagai aspek pembangunan negara yang dekat dengan hati beliau, termasuklah pembaharuan institusi, pendidukan, belia, wanita dan pembangunan yang mapan.

Dalam buku itu, Yeo berkongsi cerita-cerita peribadi serta pandangannya sebagai ahli parlimen muda, yang meliputi "aspek-aspek pembangunan negara yang dekat dengan hati saya," seperti reformasi institusi, pendidikan, belia, wanita dan pembangunan mampan.

Rujukan:

1. Blog Yeo Bee Yin

2. Says

3. NST




Hakcipta iluminasi.com (2017)