katr n jakobsd ttir perdana menteri iceland ke 4 dalam masa 2 tahun

Katrín Jakobsdóttir telah dilantik pada November 2017 sebagai Perdana Menteri Iceland yang baru, melalui parti Left-Green Movement. Katrin yang merupakan wanita kedua Iceland yang memegang jawatan itu berhasrat untuk menjadikan negaranya sebagai negara bebas karbon menjelang tahun 2040.

iluminasi.com ingin berkongi 4 fakta menarik mengenai Katrín Jakobsdóttir.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Beliau pakar dalam fiksyen jenayah

katr n jakobsd ttir pakar fiksyen jenayah

Sebelum menyertai kancah politik, Katrin belajar di Universiti Iceland di mana beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Iceland dan Perancis pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Kesusateraan Iceland di universiti yang sama di mana tajuk disertasi beliau adalah berkenaan seorang penulis jenayah yang terkenal di Iceland iaitu Arnaldur Indrioason.

2. Bekas Menteri Pendidikan Iceland

katr n jakobsd ttir wanita kedua menjadi perdana menteri iceland

Katrin berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan, Sains dan Kebudayaan selepas krisis kewangan pada tahun 2008 yang melihatkan pengambil alihan kuasa kerajaan oleh haluan kiri buat kali pertama.

Beliau terus menyemai akan kepentingan kesihatan dan pendidikan dengan menjanjikan untuk menaikkan peruntukan dari ekonomi negara yang semakin meningkat.

3. Merupakan Perdana Menteri Ke-4 Iceland dalam masa 2 tahun

katr n jakobsd ttir berhasrat menjadikan iceland negara bebas karbon menjelang 2040

Jawatannya sebagai Perdana Menteri bermula ketika mana sistem politik Iceland berhadapan dengan beberapa siri skandal daripada tahun-tahun sebelumnya termasuklah korupsi oleh pegawai kerajaan.

Perkara ini membuatkan jawatan Perdana Menteri perlu kerap ditukar dan Katrina dari parti Left-Green merupakan yang ke-4 sejak tahun 2016.

Perdana Menteri sebelumya, Bjarni Benediktsson kalah dalam pilihanraya 2017 selepas skandal melibatkan bapanya yang membuatkan pilihanraya mengejut diadakan.

4. Diundi sebagai "Ahli Politik Iceland Paling Dipercayai", mengalahkan Presiden Iceland

katr n jakobsd ttir diundi sebagai ahli politik paling dipercayai di iceland

Satu undian telah dijalankan di Iceland pada tahun 2016 dan undian itu menamakan Katrina sebagai ahli politik yang paling dipercayai.

59.2% peratus daripada undian mempercayai Katrina, dan beliau mengatasi presiden Iceland ketika itu, Olafur Grimsson dengan undian sebanyak 54.6%.

Undian lain menunjuukan bahawa sokongan terhadap Katrina datang dari pengundi berusia di antara 18 hingga 29 tahun, yang mana kebanyakannya adalah wanita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)