Oleh pada 28 May 2018 kategori

Ramai rakyat Malaysia yang terhibur apabila melihatkan wajah dan telatah Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu. Namun, disebalik kelucuan watak beliau, Mat Sabu adalah seorang yang sangat tegas dan teguh dengan prinsipnya dalam memperjuangkan hak rakyat Malaysia.

Beliau merupakan pejuang yang gigih, berani, lantang bersuara menyatakan kebenaran dan tidak gentar menentang penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan terdahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hasilnya, selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, YB Mat Sabu telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Terdapat juga sesetengah yang mempertikaikan keputusan ini yang dilihatkan tidak sesuai. Namun, sudah tentu ada sebab mengapa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau untuk menggalas tanggungjawab berat ini. 

Jom kita mengenali siapa sebenarnya Mat Sabu.

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 3

Mat Sabu adalah seorang tokoh yang sangat sederhana, sama ada dalam hidup mahupun dari segi karier politiknya. Dilahirkan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 14 Oktober 1954, Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang dan menyambung pelajaran dalam jurusan Seni Kulinari di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).

Mat Sabu memulakan karier politiknya pada tahun 1975 ketika aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 6 tahun kemudian pada tahun 1981, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), setelah PAS kalah di Kelantan pada tahun 1978.

Ketika itu, PAS dalam keadaan yang sangat lemah dan hilang kuasa memerintah di Kelantan. 

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 4

Mat Sabu mula bertanding di DUN Penanti dan parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum Malaysia tahun 1982, namun tewas kepada wakil UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1986 di Parlimen Permatang Pauh namun tewas kepada rakan ABIM nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mewakili UMNO.

Mat Sabu kemudiannya berhijrah ke Kelantan dan bertanding dalam pilihan raya umum seterusnya pada 1990 dan memenangi kerusi parlimen Nilam Puri. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal, mewakili Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004).

Jawatan Ahli Parlimen Kuala Kedah beliau tamat apabila Mat Sabu yang mewakili Barisan Alternatif tewas dalam pilihan raya umum 2004 kepada wakil UMNO. 5 tahun kemudian, beliau sekali lagi tewas di parlimen Kuala Terengganu, juga kepada wakil UMNO.

Pada tahun 2013, beliau sekali lagi tewas di Pendang kepada wakil UMNO, namun ia tidak pernah menjadi penghalang kepada Mat Sabu untuk terus berjuang.

Semasa Mat Sabu menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat, beliau telah ditahan sebanyak 2 kali di bawah akta ISA, iaitu pada tahun 1984 dan 1987.

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 5

mat sabu solat

Penahanan pertama disebabkan tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Setelah mengalami penderaan siasatan yang berlangsung selama 2 bulan, akhirnya Mat Sabu telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, dengan perintah pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kedua pula adalah pada 1987 hingga 1989, yang mana ditahan bersama ramai ahli parti pembangkang PAS dan DAP yang dikenali sebagai Operasi Lalang. Ketika inilah beliau berkenalan dengan Menteri Kewangan ketika ini, YB Lim Guan Eng yang juga turut ditahan.

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 6

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 8

Beliau terus kental menghadapi segala cabaran walaupun pernah meringkuk dalam penjara, dibuang daerah, ditangkap puluhan kali dan didakwa di atas pelbagai tuduhan serta mengalami kecederaan ketika berdemonstrasi di mana kakinya dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa semasa BERSIH 2.0.

Mat Sabu merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi, Komander Himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH). Beliau memimpin perhimpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Himpunan Tolak GST dan banyak lagi.

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 2

Beliau sangat komited dalam memperjuangkan hak rakyat dan tidak mencari kepentingan diri. Bak kata Datuk Zaid Ibrahim :

"In Mat Sabu, what you see is what you get. There is nothing artificial about him".

Pada September 2011, pagar rumahnya di Shah Alam dibakar setelah disimbah dengan minyak tanah. Keesokan harinya, beliau telah didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaaan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memburukkan imej polis dan keluarga mereka.

Mat Sabu sangat menekankan kepentingan "Manhaj Muwajjahah Silmiyyah", iaitu menentang keganasan, menentang sekterianisma, menentang ta'sub buta, menentang kepura-puraan atas nama agama, menentang rasuah, kepentingan amanah, ketelusan dan urus tadbir yang baik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)