Oleh pada 13 May 2018 kategori

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh

Setelah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, kini individu yang telah banyak menabur bakti kepada negara telah kembali memimpin walaupun sudah berusia 93 tahun.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ikon yang tidak perlu diperkenalkan lagi telah ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 10 Mei 2018 setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Bagi mereka yang lahir pada tahun 90-an dan ke bawah, pastinya ramai yang tahu lebih banyak tentang beliau.

Namun, bagi generasi alaf baru yang kurang mengenali, iluminasi.com ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai biodata dan sejarah kehidupan Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kehidupan awal Tun Mahathir

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 4

Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik dan diberikan nama gelaran Che Det.

Walaupun tarikh lahir beliau di dalam surat beranak adalah 20 Disember 1925, namun Tun Mahathir sebenarnya lahir pada 10 Julai. Tun Mahathir tidaklah dilahirkan dalam keluarga bangsawan atau keluarga agama atau politik yang terkenal.

Zaman persekolahan

Tun Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki sekolah Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, sekolah di mana bapanya, Mohamad bin Iskander merupakan pengetua Melayu pertama.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 2 469

Beliau sangat terkenal di sekolahnya termasuklah dalam aktiviti berdebat serta mempunyai kemahiran bahasa Inggerisnya yang hebat. Tun Mahathir juga menunjukkan minat dalam bidang sukan dengan bermain ragbi untuk pasukan sekolah.

Sehari selepas Tun Mahathir menduduki Peperiksaan Junior Cambridge, pelajarannya terganggu akibat Jepun melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara pada Perang Dunia Kedua melalui Thailand.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 8

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 3 825

Sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu terpaksa ditutup membuatkan beliau terpaksa berhenti sekolah.

Ketika ini Tun Mahathir menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual kopi dan kemudiannya pisang goreng serta snek-snek lain di Pekan Rabu membantu keluarganya.

Zaman kolej dan pekerjaan

Setelah perang tamat, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah selepas menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII (kini dikenali Universiti Kebangsaan Singapura) pada tahun 1947.

Ketika inilah beliau bertemu dengan bakal isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, yang juga seorang pelajar perubatan.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 6 636

Ketika sedang di kolej, Tun Mahathir aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali sebagai The Straits Times) menggunakan nama penanya, C.H.E Det. Penulisannya banyak mengisahkan tentang masalah-masalah orang Melayu.

Selepas menamatkan pelajaran pada tahun 1953, Tun Mahathir memulakan khidmatnya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 7

Pada Ogos 1956, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah melansungkan perkahwinan mereka, dan memperoleh cahaya mata pertama, Marina pada tahun 1957.

Pada tahun yang sama, Tun Mahathir berhenti berkhidmat untuk kerajaan bagi menubuhkan klinik sendiri diberi nama Klinik Maha, yang merupakan klinik swasta pertama negara milik orang Melayu pada ketika itu.

Karier politik Tun Mahathir

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 9

Pada tahun 1964, Tun Mahathir mula berjinak-jinak dalam bidang politik di mana beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1964 dan memenangi kerusi Kota Setar. Setahun kemudian, beliau telah dipilih untuk Majlis Tertinggi UMNO. 

Pada Pilihan Raya Umum 1969, beliau sekali lagi bertanding namun ditewaskan wakil dari parti PAS, Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Pada 13 Mei 1969, satu rusuhan kaum telah berlaku membuatkan Tun menulis satu surat kritikan kepada Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri ketika itu. Surat tersebut mengkritik pentadbiran Tunku kerana pendekatan ekonominya yang lembut dan gagal menegakkan kepentingan Melayu.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 00 201

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 10

Surat tersebut membuatkan Tun Mahathir telah dipecat keahliannya dari UMNO. Ketika ini, Tun meneruskan kerjayanya sebagai seorang pegawai perubatan dan dalam masa yang sama memikirkan tentang nasib orang Melayu yang ditulisnya ke dalam buku, "Dilema Melayu".

Buku tersebut diterbitkan di Singapura dan dilarang di Tanah Melayu.

Pada September 1970, Tun Abdul Razak Hussein telah mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi selepas Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Menjelang tahun 1972, Tun Mahathir memohon untuk menyertai parti UMNO semula dan diterima.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 02

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 03

Beliau dilantik menjadi Senator pada tahun 1973 dan ahli mahkamah Universiti serta Majlis Universiti Malaya.

Pada Pilihan Raya Umum 1974, Tun Mahathir telah menang tanpa bertanding di kerusi Kubang Pasu, dan dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia membuatkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai perubatan.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 01

2 tahun berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya mengambil alih jawatan Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1978.

Pada tahun 1981, Tun Hussein Onn yang ketika itu merupakan Perdana Menteri ke-3 telah meletakkan jawatan atas faktor kesihatan menjadikan Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 04

Ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir, Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Beliau melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dalam usaha mengurangkan rasuah, meningkatkat kecekapan dan memupuk kepercayaan dalam perkhidmatan awam.

Tun Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem "punch card" bagi kakitangan kerajaan serta mengarahkan penjawat awam untuk memakai lencana nama.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 06

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 05

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 09

Beliau juga menubuhkan syarikat kereta kebangsaan, PROTON pada tahun 1983 dalam usaha memajukan Malaysia. Dan pada 9 Julai 1985, kereta buatan Malaysia pertama telah dilancarkan iaitu Proton Saga. Tun juga telah memperkenalkan konsep "Malaysia Incorporated", iaitu satu perkongsian rapat di antara kerajaan dan sektor swasta. 

Visi negara untuk mencapai status ekonomi maju pada tahun 2020 merupakan hasrat beliau untuk Malaysia yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Ia bukan sahaja dari segi pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam pendidikan, kematangan masyarakat dan tadbir urus.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 07

Setelah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun dan menjadi pemimpin Barisan Nasional yang mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999, akhirnya Tun Mahathir membuat keputusan untuk bersara dari bidang politik dan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 pada usia 78 tahun.

Pakatan Harapan

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 08

Pada 8 Januari 2018, Tun Mahathir telah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum ke-14, dalam usaha menggulingkan bekas sekutunya dalam parti UMNO, iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Razak. 

Pilihan Raya Umum ke-14 ini menjadi sejarah baru di Malaysia apabila parti yang memerintah Malaysia sejak negara ini bebas dari penjajahan British pada 1957 telah tewas teruk dengan hanya memenangi 79 kerusi daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 12

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 11

Ini membuatkan Dato Seri Najib hilang kuasanya sebagai Perdana Menteri dan jawatan Perdana Menteri ke-7 Malaysia diambil alih Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad, buat kali kedua.

Beberapa hari selepas kekalahan itu, Dato Seri Najib telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)