Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.my

Selepas fenomena #lofattah, nampaknya kini peminat drama melayu sudah memasuki fasa demam baru - demam #fattzura pula.

Hashtag 'fattzura' mula mendapat perhatian selepas pengarah sensasi, Michael Ang mengumumkan nama aktres Fazura sebagai pengganti tempat Neelofa untuk bergandingan dengan Fattah Amin - menerusi drama bersiri terbaru, Hero Seorang Cinderella (HSC).

Dek kerana tak sabar menantikan HSC yang akan mula ditayangkan di kaca televisyen pada 22 Mei ini, media sosial menjadi tempat lepas geram buat peminat #fattzura.

Menerusi hashtag tersebut, para penyokong #fattzura berkongsi kreativiti sambil mengekspreskan imaginasi mereka tentang drama itu.

Cukup menarik apabila beberapa keping foto watak-watak asal kartun Cinderella disunting dan dipadankan dengan dua pelakon utama HSC ini.

5 foto menarik fenomena fattzura 2

5 foto menarik fenomena fattzura 3

5 foto menarik fenomena fattzura 4

5 foto menarik fenomena fattzura 5

5 foto menarik fenomena fattzura 6

Kredit foto: Astro Gempak 

Kepada anda yang sudah merasai demam #fattzura, jangan lupa nantikan drama bersiri tersebut yang akan ke udara mulai 22 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

HSC turut dijayakan barisan pelakon hebat, antaranya Uqasha Senrose, Zizie Ezette, Jasmine Suraya dan ramai lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)