Oleh pada 23 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Menurut Datuk Dr. Noraini Ahmad, beliau bersyukur dengan peluang dan kekuatan yang diberi kepadanya bagi menawarkan diri selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia untuk penggal 2018 – 2021.

Beliau menawarkan kepimpinan ini secara jujur menerusi sebuah janji iaitu untuk berusaha sedaya-upaya mengembalikan maruah UMNO yang telah dinafikan pada PRU-14 yang lepas.

Jelas beliau, sekiranya diberi mandat dan kepercayaan, beliau dan barisan kepimpinan Wanita UMNO yang baru ini akan memperkukuhkan komitmen ahli-ahli Wanita UMNO yang telah menjadi wadah yang menyenangkan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Harapan beliau supaya kepimpinan baru ini mampu menghasilkan lebih ramai pemimpin wanita yang bagus bagi terus mengangkat suara wanita ke tahap lebih tinggi.

Selain itu, kepimpinan ini turut akan menilai semula keberkesanan gerak kerja Wanita UMNO selama ini dengan hati yang terbuka dan matlamat agar kelemahan mampu diketahui serta kekuatan mampu terus diperkuatkan.

Beliau turut bercita-cita dan beriltizam bagi memastikan Wanita UMNO bertindak sebagai tulang belakang yang menyokong pembaharuan dan perubahan yang diperlukan UMNO demi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)