Oleh pada 14 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Polis Diraja Malaysia via Facebook Amar Singh (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan kenyataan berkaitan rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta seperti dilaporkan China Press.

Menurut laporan Malay Mail, beliau tidak mengetahui di mana akhbar berbahasa Cina itu memperoleh maklumat tersebut.

Tegasnya, beliau tidak pernah mengesahkan apa-apa nilai rampasan menerusi siri operasi mencari di kondominium mewah, Pavillion Residences baru-baru ini.

Tambahnya, sebuah sidang media akan dibuat sebaik proses pengiraan tamat. 

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook BNBBC

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)