Oleh pada 05 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, didakwa kononnya menggunakan laman Facebook untuk memburukkan seorang pemimpin Umno.

Pembantu peribadinya, Rozi menepis dakwaan itu dengan mengatakan akaun berkenaan adalah palsu bertujuan untuk menjatuhkan reputasi penyanyi nombor satu negara ini.

Sehubungan itu, Rozi mendedahkan nama-nama akaun media sosial milik Siti agar tidak mengelirukan peminat.

"Siti Nurhaliza ada tiga akaun media sosial iaitu Facebook Page: Siti Nurhaliza; Instagram : ctdk; Twitter : CTNurhaliza11.

"Jika selain daripada yang itu adalah palsu, ada yang tak bertanggungjawab kongsi admin dan memakai nama Datuk Seri Nurhaliza dan sebagainya bermaharajalela di akaun- akaun palsu sampai buat fitnah," tulisnya di Instagram.

Di kesempatan sama, Rozi berharap netizen tidak percaya dengan apa yang disebarkan hingga menimbulkan fitnah kepada penyanyi itu.

"Tak fikir dosa pahala, dahlah buat fitnah, orang lain yang memanjangkan fitnah itu dan akhirnya Siti Nurhaliza yang sebenar menjadi mangsa, baling batu sembunyi tangan, melampau," katanya.

Rozi mengulas isu akaun Facebook Siti yang hangat diperkatakan kerana memuat naik kenyataan memburukkan seorang pemimpin Umno.

Hasil tinjauan terkini mendapati akaun itu telahpun dinyahaktifkan.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)