Tanggal 1 Mac 2020 yang lalu menyaksikan satu peristiwa bersejarah perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perlantikan TSMY dari Parti BERSATU ini telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong (YDPA) setelah krisis politik yang melanda negara hampir seminggu.

Apa yang menarik mengenai kemelut politik kali ini sudah tentulah mengenai peristiwa yang dianggap sesetengah pihak sebagai "kerajaan pintu belakang" yakni kerjasama antara parti-parti dari Barisan Nasional, PAS, sebahagian ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan beberapa bekas ahli PKR untuk membentuk sebuah pakatan yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN).

BESARKAN TEKS     A-  A+

sejarah gabungan pas umno dato asri muda tun hussein onn

PN turut disertai oleh beberapa parti daripada Sabah dan Sarawak iaitu Gagasan Sejahtera (GS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Diharapkan pembentukan kerajaan baru ini dapat mengembalikan kestabilan politik di Malaysia dan mengembalikan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Dalam politik, kita sentiasa melihat perkara yang pelik-pelik berlaku. Daripada kawan menjadi lawan dan begitu juga sebaliknya. Jika dahulu PAS dan DAP pernah bekerjasama dalam PRU13 melalui Paaktan Rakyat (PR), kini kedua-duanya merupakan musuh ketat.

Jika dahulunya PAS dan UMNO bertelagah, kini hubungan keduanya bagainya adik-beradik. Malah, sesetengah pihak menganggap hubungan UMNO dan PAS ini bagai "cerai" dan "rujuk" kerana pernah terputus dan terjalin kembali selama beberapa kali dalam sejarah. 

Sejarah penubuhan UMNO dan PAS

kerjasama umno pas

Parti UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 bagi memperjuangkan nasib orang Melayu. Malah, para agamawan Islam turut sama dalam perjuangan UMNO diawal penubuhhannya. Orang Melayu yang pada ketika itu dibawah penguasaan British sedar bahawa mereka harus bekerjasama agar tidak terus dipijak oleh British. 

Di awal penubuhannnya, majoriti agamawan yang menyertai UMNO berperanan dalam sayap Biro Hal Ehwal Islam UMNO. Penyatuan orang Melayu ini sudah menampakkan sedikit hasil pada peringkat awal yang menyaksikan usaha pembentukan Malayan Union digagalkan dan dimansuhkan pada tahun 1948.

Namun, penyatuan ummah dalam UMNO ini tidak bertahan lama akibat masalah dalaman. Krisis ini mencapai kemuncaknya apabila para agamawan ini akhirnya telah bertindak keluar daripada UMNO dan menubuhkan sebuah parti yang kini dikenali sebagai PAS.

penubuhan pas

Persidangan Persatuan Ulamak Se-Malaya di Bagan Tuan Kechil, Seberang Perai pada 24 November 1951 yang membawa kepada penubuhan PAS.

Menariknya, idea penubuhan Persatuan Islam SeMalaysia (kemudian ditukar kepada PAS pada tahun 1973) ini berlaku di dalam Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth. Idea ini dicetuskan oleh Hj Ahmad Fuad selaku Biro Hal Ehwal Islam UMNO pada ketika itu.

Daripada idea ini, lahirlah Persatuan Islam SeMalaysia pada 1951 kemudian berukar pula kepada Pan Malayan Islamic Party (PMIP) pada 1955 dan seterusnya menjada Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 1973. Ini bermakna, pada tahun 1951 secara rasminya sebuah kesatuan orang Melayu telah berpecah kepada UMNO dan PAS.

Perebutan kuasa politik

tuan guru haji ahmad fuad hassan

Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pertama pada 4 Januari 1953

Mungkin ada antara pembaca yang tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan golongan agamawan bertindak keluar UMNO dan menubuhkan persatuan mereka sendiri. Segalanya berpunca akibat ketidakpuasan hati dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya yang diagihkan oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman lebih mengutamakan pemimpin yang mempunyai latarbelakang pendidikan Barat dan sering menyisihkan golongan agamawan dalam pemberian kerusi pilihan raya. Golongan agamawan berpendapat mereka sepatutnya  diberikan lebih hak dalam kerajaan kerana mereka turut memperjuangkan nasib orang Melayu, lalu bertindak menubuhkan parti mereka sendiri.

Daripada tahun 1951 hingga 1969, UMNO dan Persatuan Islam SeMalaysia serta PMIP (nama lama PAS) telah bersaing sesama sendiri dalam arena politik tanah air. Walau bagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan UMNO dan PAS kembali bekerjasama kerana mereka melihat kuasa politik orang Melayu mulai tergugat.

Kisah "rujuk" dan "cerai" UMNO - PAS

umno pas 400

Buat pertama kalinya, parti PAS berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan pada 28 Disember 1972. Ianya hasil kerjasama dengan UMNO melalu sebuah pakatan yang diberi nama "Perikatan". Hal ini membolehkan beberapa pemimpin daripada PAS dilantik sebagai Menteri di peringkat Persekutuan.

Malangnya, langit tak selalunya cerah. Pada tahun 1977, kira-kira 5 tahun kemudian, kerjasama antara kedua parti politik ini nampaknya goyah. Sebabnya? Perebutan kuasa politik. Orang UMNO dikatakan tidak senang kerana PAS pada ketika itu mendapat pengaruh yang cukup kuat dalam kalangan orang luar bandar melalui Dato Asri Muda selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar.

download jfif

Dato Asri Muda Dan Hamka

Parti UMNO merasakan pengaruh mereka seakan terancam. Kemuncak kepada perbalahan UMNO dan PAS adalah berlakunya kisah darurat di Kelantan yang menyaksikan PAS akhirnya telah dikeluarkan oleh UMNO dari Barisan Nasional pada 17 Disember 1977. Beberapa usaha terkemudian untuk kembali bekerjasama juga telah gagal.

Selepas beberapa kali gagal, tiba-tiba idea kerjasama antara kedua-dua parti ini muncul kembali pada tahun 2018 pasca PRU14. Sesetengah pemerhati politik melihat kedua-dua parti politik ini ingin "merujuk" kembali bagi menghadapi PRU15.

pru15 umno pas

Beberapa isu besar di bawah kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan ramai orang Melayu berasa ditindas dan kedudukan mereka semakin terancam. Oleh itu, kerjasama UMNO-PAS dilihat sebagai tepat pada masanya memandangkan sentimen orang Melayu semakin kuat.

Kerjasama kedua parti ini dilihat membuahkan hasil apabila berjaya memenagi beberapa pilihan raya kecil (PRK) antaranya di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Kini, kedua berada dalam Perikatan Nasional sebagai kerajaan Persektuan dan dijangka akan berada dalam pasukan yang sama bagi menghadapi PRU15.

Melihat kepada sejarah UMNO-PAS yang sudah dua kali "cerai" dan "rujuk" akibat perebutan kuasa, ianya pasti menarik untuk melihat berapa lamakah kerjasama kali ini dapat bertahan dalam menghadapi arus politik tanah air yang semakin mencabar.

Kredit:

  1. Farish A Noor, (2016) The Malaysian Islamic Party-PAS 1951-2013: Islamism in a Mottled Nation
  2. Wikipedia
  3. Laman Rasmi PAS



Hakcipta iluminasi.com (2017)