Oleh pada 04 May 2018 kategori

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, British Malaya terdiri daripada 3 kumpulan perlembagaan awam iaitu protektorat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, lima negeri Melayu Tidak Bersekutu dan koloni mahkota British Settlements.

Dan sekembalinya pihak British ke Malaya selepas perang ini, mereka ingin membentuk Malayan Union. Malayan Union adalah kesatuan negeri-negeri Melayu dan Penempatan Selat Pulau Pinang dan Melaka, yang ingin ditubuhkan bagi menggantikan British Malaya dan dipupuk untuk menyatukan Semenanjung Tanah Melayu di bawah kerajaan tunggal bagi memudahkan pentadbiran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sejarah penubuhan umno 2

Namun pembentukan kesatuan ditentang oleh orang Melayu kerana telah memberikan ancaman kepada Malaya ketika itu, termasuklah mengancam kedaulatan dan kuasa sultan negeri-negeri Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto.

Selain itu, pemberian kerakyatan berdasarkan jus soli juga membuatkan orang Melayu tidak senang duduk. Bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pembentukan kesatuan ini, sebuah perhimpunan yang diatur oleh Persatuan Melayu Selangor diadakan secara besar-besaran telah pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

sejarah penubuhan umno kongres melayu se malaya

Perhimpunan ini dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya dan diwakili oleh 41 wakil pertubuhan Melayu ketika itu. Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres ini.

Dalam perhimpunan ini, hampir kesemua wakil pertubuhan memberikan ucapan termasuklah dua orang wakil kanak-kanak, dan 3 usul telah diluluskan oleh Kongres tersebut, iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation - UMNO)

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Bagi menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Konger Melayu Se-Malaya kelak, satu jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada Datp' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Dato' Hamzah Adbullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba).

sejarah penubuhan umno 5

Walaupun mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu, namun kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka untuk mewujudkan Malayan Union. Tanggal 1 April 1946, kesatuan Malayan Union secara rasminya terbetuk.

Orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu sangat berang dengan keputusan ini dan terus memberi tentangan terhadap Malayan Union. 5 minggu selepas penubuhannya, pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Kongres Melayu Se-Malaya yang ke-3 dan perhimpunan agung pertama UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta.

sejarah penubuhan umno 3

Dan dengan perhimpunan pertama ini, maka terbentuklah UMNO secara rasminya. Pada mulanya, Dato' Onn mencadangkan nama Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO), namun Pendita Zaaba mencadangkan supaya perkataan "kebangsaan" ditambah bagi mencerminkan dasar pertubuhan yang lebih merangkumi seluruh negara. 

Cadangan tersebut mendapat persetujuan ramai dan nama "UMO" telah ditukarkan kepada "UMNO". UMNO juga dikenali sebagai PEKEMBAR.

Zaman Dato' Onn

sejarah penubuhan umno dato onn jaafar

Dalam memupuk keharmonian kaum, Dato' Onn telah mencadangkan supaya keahlian parti UMNO dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Nama UMNO pula dicadangkan supaya ditukarkan kepada "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".

Namun, cadangan ini telah ditentang oleh orang Melayu, menyebabkan Dato' Onn meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO yang pertama di persidangan Majlis Mesyuarat Agung Ke-6 yang diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.

Sejurus selepas perletakan jawatan itu, Dato' Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.

Zaman Tunku Abdul Rahman

sejarah penubuhan umno tunku abdul rahman

Selepas perletakan jawatan oleh Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang kedua. Dan atas persepakatan antara UMNO, MCA dan MIC yang mengadakan mesyuarat dengan kerajaan Brisith di London, yang membawa kepada tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu.

Menjelang tahun 1971, Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, yang mana digantikan oleh timbalannya iaitu Tun Abdul Razak.

Zaman Tun Abdul Razak

sejarah penubuhan umno tun abdul razak

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO ke-3, Tun Abdul Razak telah melakukan pelbagai perubahan, termasuklah dengan mengumumkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu program sosioekonomi yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980).

Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional yang mana telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: 

  1. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum; dan
  2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini juga mensasarkan pegangan ekonomi orang Melayu kepada 30% menjelang tahun 1990, namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

sejarah penubuhan umno tun hussein onn

Selepat kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 di London, Tun Hussein Onn yang juga adalah birasnya telah menggantikan tempatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO ke-4.

Tun Hussein Onn merupakan orang yang bertanggungjawab melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

sejarah penubuhan umno tun mahathir mohamad

Pada 28 Jun 1981, Tun Hussein Onn memutuskan untuk bersara daripada aktiviti politik, secara langsung menjadikan timbalannya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO ke-5 dan Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Ketika itu, Tun Mahathir mengumumkan pemilihan Timbalan Presiden UMNO, yang membuka peluang kepada perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana beliau tidak menyokong mana-mana calon.

Tun Razaleigh menyertai pertarungan ini menentang pencabarnya, Tun Dato' Musa Hitam, yang melihatkan kemenangan menyebelahi Musa Hitam dengan perbezaan undian sebanyak 205 undi.

sejarah penubuhan umno tun razaleigh hamzah

Pada tahun 1987, Tengku Razaleigh telah mencabar Tun Mahathir, melihatkan Presiden UMNO itu mengekalkan jawatannya. Walaubagaimanapun, UMNO telah terbahagi kepada dua bahagian.

Perpecahan itu memaksa mahkamah Malaysia mengisytiharkan pengharaman UMNO. Sejurus selepas pengisytiharaan itu, Tun Mahathir telah menubuhkan semula UMNO sebagai UMNO baru, namun ia sangat lemah.

sejarah penubuhan umno semangat 46

Tengku Razaleigh pada masa yang sama membawa haluan sendiri dengan menubuhkan parti serpihan UMNO yang diberi nama "Semangat 46" pada tahun 1989, yang mana "46" merujuk kepada tahun UMNO ditubuhkan. 

Tun Mahathir telah menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibarhim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya dari Timbalan Presiden UMNO. Ia membuatkan satu gelombang Reformasi terhasil yang membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat), yang menjadi pesaing sengit kepada UMNO.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

sejarah penubuhan umno tun abdullah ahmad badawi

Setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, akhirnya Tun Mahathir mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003.

Pada tahun 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia apabila memperoleh 198 daripada 219 kerusi, iaitu 90.41%.

Namun, kemenangan itu melihatkan kemerosotan undi yang mendadak pada pilihan raya tahun 2008 apabila UMNO dan Barisan Nasional kehilangan 4 negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, selain PAS yang mengekalkan Kelantan.

Zaman Dato' Seri Najib

sejarah penubuhan umno dato seri najib razak

Selepas kekalahan teruk oleh pemerintah gabungan UMNO dalam pilihanraya 2008, Tun Abdullah telah mengenalpasti Najib sebagai penggantinya. Tun Abdullah mengumumkan akan meletak jawatan pada Mac 2009, yang mana telah membuka jalan kepada Najib Razak bagi menggantikannya.

Namun, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memenangi pemilihan parti yang ditetapkan sebelum mengambil alih. Pada 26 Mac 2009, Najib memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009.

Pada Jun 2016, Majlis Tertinggi UMNO pimpinan Dato' Seri Najib telah bersetuju sebulah suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. Dato Mukhriz Mahathir juga dipecat dalam acara yang sama.

Kedua-dua pemimpin UMNO ini dipecat selepas mengkritik Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak yang mana menyeru perletakan jawatannya berikutan tuduhan rasuah dan salah urus dana negara yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

sejarah penubuhan umno tun hussein onn 407




Hakcipta iluminasi.com (2017)