najib kesal operasi tidak profesional datuk seri amar singh beri respon

Kredit foto: Instagram Najib Razak

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewa terhadap pemeriksaan di kediaman anaknya minggu lalu dengan mendakwa terdapat anggota polis yang mengambil coklat dari peti sejuk dan menyuruh makanan disediakan.

Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, beliau turut mengkritik tindakan polis melakukan penggeledahan dengan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, publisiti meluas berkaitan operasi itu telah memalukan keluarganya berikutan kebanyakan barangan yang disita merupakan milik peribadi atau hadiah yang tiada kaitan dengan siasatan.

najib kesal operasi tidak profesional datuk seri amar singh beri respon 1

Kredit foto: Instagram Najib Razak

Menerusi sebuah kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta beliau tampil dengan bukti berhubung dakwaan tersebut. 

Menurutnya lagi, pihak polis tidak akan bertoleransi dengan salah laku berkenaan dan akan mengenal pasti anggota yang terlibat. 

Sementara itu, isteri kepada Datuk Seri Mohd Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh & Partners juga tidak berpuas hati apabila butiran barangan rampasan dan gambar operasi terbabit tersebar di media sosial.

Tambahnya, sebahagian maklumat itu menjadi tular untuk menimbulkan kemarahan masyarakat. Namun, beliau menegaskan akan tetap memberi kerjasama terhadap siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3 [1, 2]

2. Facebook Astro Awani

3. Facebook Malaysiakini [1, 2, 3]

4. Facebook Free Malaysia Today [1, 2]

5. Facebook theSundaily

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)