akhirnya peti besi di kediaman datuk seri najib razak berjaya dibuka ini pendedahan kandungannya

Kredit foto: BH Online & scmp.com

Akhirnya usaha membuka peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak berjaya dilakukan.

Difahamkan, peti di kediaman bekas perdana menteri di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur itu mengandungi mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Antara lain, menurut jurucakap bekas perdana menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, peti itu turut menyimpan beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia adalah sebuah peti besi berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya hilang,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, operasi membuka kandungan peti besi itu hanya berjaya dengan menggunakan khidmat kepakaran tukang kunci.

Jelas jurucakap terbabit, peti besi tersebut juga merupakan sebahagian daripada kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” katanya.

Terdahulu, media yang berkampung di kediaman peribadi Najib di Taman Duta melaporkan usaha pihak polis untuk membuka peti itu selepas kuncinya dikatakan hilang.

Siasatan kes penyelewangan dana syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (IMDB) turut membabitkan penggeledahan di lima lagi lokasi lain.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)