Kira-kira 10 tahun yang lalu, Huang Yung-fu menghadapi satu dilema dalam hidupnya. Ketika itu, kerajaan Taiwan telah mengancam untuk merobohkan kampung tempat tinggalnya. Tambahan pula, dia yang berusia 86 tahun ketika itu merupakan penduduk terakhir yang tinggal di situ.

otai doodle huang yung fu lukis satu pekan kampung

Huang Yung-Fu aka Atuk Pelangi

Kampungnya akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks pangsapuri yang lebih moden. Bahkan, kerajaan Taiwan menawarkan pampasan kepada Huang agar dia mengemas barang-barangnya untuk pindah ke tempat lain.

Huang menyaksikan pemaju membeli tanah dan membayar jiran-jirannya untuk keluar dari kampung itu, meninggalkan hanya segelintir sahaja penduduk asli di daerah Nantun Taichung, Taiwan itu.

kampung doodle

Namun, Huang enggan berpindah kerana terlalu sayangkan rumahnya itu. Rumah itu merupakan satu-satunya tempat tinggal Huang selama dia berada di Taiwan. Bermula saat itulah, Huang mula melukis.

Huang yang kini dikenali sebagai "Datuk Pelangi" dilahirkan di China. Selepas selesai menyertai Perang Sino-Jepun dan Perang Dunia Kedua, Huang berjuang pula untuk Parti Kebangsaan menentang kerajaan Komunis Mao Zedong di China.

bandar pelangi taiwan

Apabila Parti Kebangsaan kalah, dia bersama-sama dua juta lagi ahli penyokong parti itu melarikan diri ke Taiwan. Di perkampungan inilah, Huang bersama ahli keluarga tentera lain menetap. Kampung yang sepatutnya menjadi penempatan sementara akhirnya menjadi tempat tinggal tetap bagi mereka.

Huang sangat terkejut apabila mengetahui bahawa rumah yang didiami lebih daripada 50 tahun ini akan dimusnahkan. Dia masih ingat lagi bagaimana keadaan ketika dia baru tiba di situ. Kampung itu mempunyai kira-kira 1,200 penduduk dan mereka semua bergaul seperti satu keluarga yang besar.

datuk pelangi sedang mewarnakan kampungnya

Datuk Pelangi sedang mewarnakan kampungnya

Huang memberitahu BBC, apabila ramai yang berpindah keluar atau meninggal dunia, dia rasa kesunyian. Dengan tiada tempat lain untuk dituju, dia akhirnya menumpukan perhatian kepada seni untuk meringankan penderitaan yang dialaminya.

Pada mulanya, dia hanya melukis seekor burung kecil di rumahnya sendiri. Huang kemudiannya terus melukis pelbagai lukisan psikedelik haiwan dan gambar manusia merentasi satu persatu rumah kosong yang berada di kampung itu.

pengunjung melawat kampung pelangi

Pada tahun 2010, beberapa pelajar universiti tempatan secara tidak sengaja lalu di kampung itu. Setelah mendengar cerita Huang, para pelajar itu berikrar untuk membantu lelaki Datuk Pelangi itu.

Para pelajar itu mula mengambil beberapa keping gambar rumah di kampung itu yang dilukis oleh Huang dan memulakan kempen mengumpul dana serta petisyen untuk menyelamatkannya daripada dirobohkan.

kampung pelangi di taicung taiwan

Kisah Huang yang menyentuh hati itu menjadi tular dan dia mula digelar sebagai "Datuk Pelangi". Kampung yang nama asalnya ialah Kampung Caihongjuan itu merupakan tempat paling berwarna-warni di Taiwan.

Selain menjadi perhatian seluruh negara, ia juga menjadi tarikan besar bagi pelancong dari luar. Setiap tahun, dianggarkan lebih dari sejuta pengunjung datang untuk melihat keunikan Kampung Pelangi itu. Kampung Pelangi salah satu tempat mengambil gambar paling popular di Taiwan. 

kampung pelangi di taiwan 2

Apa yang lebih penting, Huang Yung-fu dapat mengekalkan rumah, kampung dan tempat tinggalnya. Huang sangat gembira dan bersyukur apabila kerajaan Taiwan berjanji kepadanya bahawa mereka akan mengekalkan perkampungan dan rumah-rumah yang ada di situ.

Kini, hanya 11 buah rumah asal sahaja yang kekal di Kampung Pelangi itu termasuklah rumah Datuk Pelangi sendiri. Walapun hampir berusia 100 tahun, Huang masih lagi aktif melukis kampungnya itu dan sering kelihatan di kedai berhampiran sambil menghadiahkan salinan lukisannya secara percuma kepada pengunjung.

datuk pelangi menghasilkan salinan lukisannya

Datuk Pelangi menghasilkan salinan lukisannya

Cara paling popular untuk mengembara ke Kampung Pelangi ini dari Taipei ialah dengan menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi. Perjalanan dari stesen-stesen utama Taipei biasanya tidak akan mengambil masa yang begitu lama.

Rujukan:

1. Tempat paling berwarna-warni di Taiwan dan dunia.

2. Datuk 97 tahun warnakan seluruh kampung agar tidak dirobohkan

3. Kampung Pelangi tarikan pelancong di Taiwan



Hakcipta iluminasi.com (2017)