Oleh pada 20 Dec 2019 kategori

Parti Komunis China (PKC) adalah parti politik pengasas dan pemerintah China moden, secara rasmi dikenali sebagai Republik Rakyat China.

Walaupun kurang 6% rakyat China yang menjadi ahli, namun Parti Komunis China adalah parti yang paling berkuasa di dunia.

PKC telah mengekalkan monopoli politik sejak penubuhannya hampir satu abad lalu, mengawasi pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan meningkat sebagai kuasa global sementara menghadapi cabaran di dalam dan luar negeri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak Presiden Xi Jinping berkuasa pada tahun 2012, dia telah mengukuhkan kawalannya ke atas PKC, dengan banyak pakar menggelarkannya sebagai pemimpin Cina yang paling berpengaruh sejak Mao Zedong.

sejarah ringkas parti komunis china 174

Pada tahun 2017, PKC mengesahkan penguasaan Xi dan mengangkat pegawai-pegawai baru untuk menyokongnya dalam menetapkan agenda untuk ekonomi kedua terbesar di dunia.

Walaupun kurang 6% penduduk China (sekitar 83 juta orang) adalah anggota Parti Komunis China, tetapi ia adalah parti politik yang paling berkuasa di dunia.

Penubuhan dan pengaruh awal Parti Komunis China

parti komunis china di peringkat awal

Parti ini bermula sebagai kumpulan belajar tidak formal yang bertemu di Shanghai bermula pada tahun 1921.

Kongres Parti pertama diadakan di Shanghai pada Julai 1921. Sebanyak 57 anggota menghadiri pertemuan tersebut, termasuk Mao Zedong.

PKC ditubuhkan pada awal tahun 1920 oleh para cendekiawan yang dipengaruhi oleh idea Barat tentang anarkisme dan Marxisme.

Mereka diilhamkan oleh Revolusi Bolshevik 1918 di Rusia dan oleh Pergerakan Mei Keempat (May Fourth Movement), yang melanda China pada akhir Perang Dunia I.

may fourth movement

Pada masa penubuhan PKC itu, China adalah sebuah negara yang berpecah belah dan mundur yang diperintah oleh pelbagai panglima perang tempatan serta dibebani oleh perjanjian yang tidak sama rata yang memberi kuasa luar keistimewaan ekonomi dan wilayah khusus di China.

Menjadikan Kesatuan Soviet sebagai contoh, intelektual yang mengasaskan PKC percaya bahawa revolusi Marxist adalah jalan terbaik untuk memperkuat dan memodenkan China.

Pengaruh dari Parti Soviet

mao zedong bersama pemimpin kesatuan soviet joseph stalin

(Mao Zedong dan Joseph Stalin, pemimpin Kesatuan Soviet)

Pemimpin awal PKC menerima pembiayaan dan bimbingan dari penasihat Soviet dan ramai yang pergi ke kesatuan ini untuk mendapatkan pendidikan dan latihan.

PKC awal adalah parti dengan gaya Soviet yang dipimpin oleh para intelektual dan pekerja bandar yang menganjurkan pemikiran Marxist-Leninist tradisional.

Pada tahun 1922, PKC menyertai parti revolusioner yang lebih besar dan lebih kuat iaitu Parti Kebangsaan Cina (KMT) untuk membentuk Barisan Bersatu Pertama (1922-27) yang juga dikenali sebagai juga dikenali sebagai Perikatan PKC-KMT.

Di bawah Barisan Bersatu Pertama, PKC diserap ke dalam KMT.

Ahli-ahlinya bekerja dalam KMT untuk menyusun pekerja bandar dan petani untuk menyokong Ekspedisi Utara tentara KMT (1926-27).

Ekspedisi Utara

ekspedisi utara parti komunis china

Semasa Ekspedisi Utara, yang mana berjaya mengalahkan para panglima perang dan menyatukan negara, KMT berpecah dan pemimpinnya Chiang Kai-shek memimpin pembersihan anti-Komunis di mana beribu-ribu ahli dan penyokong PKC terbunuh.

Selepas KMT menubuhkan kerajaan Republik China (ROC) yang baru di Nanjing, ia meneruskan tindakan keras terhadap PKC.

Selepas perpecahan Barisan Bersatu Pertama pada tahun 1927, PKC dan penyokongnya melarikan diri dari bandar-bandar ke luar bandar, di mana parti ini menubuhkan "kawasan pangkalan Soviet" yang separa autonomi, yang mana mereka sebut sebagai Republik Soviet China (1927-1937 ).

Di kawasan luar bandar tersebut, PKC menyusun tentera mereka sendiri iaitu Tentera Merah Pekerja dan Petani Cina.

Ibu pejabat PKC berpindah dari Shanghai ke daerah pangkalan Soviet Jiangxi, yang dipimpin oleh revolusioner petani iaitu Zhu De dan Mao Zedong.

Perarakan yang tersangat panjang

perarakan panjang parti komunis china

(Long March oleh PKC 1934-1935)

Kerajaan pusat yang diketuai oleh KMT telah melancarkan beberapa kempen ketenteraan terhadap kawasan pangkalan yang dikawal oleh PKC, memaksa PKC untuk melaksanakan Long March (1934-35), perarakan pengunduran tentera sejauh beberapa ribu kilometer yang berakhir di kampung Yenan di Wilayah Shaanxi.

Semasa Long March, para penasihat Soviet kehilangan pengaruh ke atas PKC dan Mao Zedong mengambil alih kawalan parti dari revolusioner Soviet yang terlatih.

Berpusat di Yenan dari tahun 1936 hingga 1949, PKC berubah dari parti bergaya Soviet tradisional yang berpusat di kota-kota dan dipimpin oleh intelektual serta pekerja bandar, kepada parti revolusioner Maois yang kebanyakannya terdiri daripada para petani dan tentera.

PKC mendapat sokongan dari banyak petani luar bandar dengan melaksanakan pembaharuan tanah yang membahagikan tanah dari tuan-tuan tanah kepada petani.

Barisan Bersatu Kedua 1937-1945

barisan bersatu kedua pkc

Selepas pencerobohan Jepun ke atas China, PKC membentuk Barisan Bersatu Kedua (1937-1945) dengan KMT yang memerintah untuk melawan Jepun.

Dalam tempoh ini, kawasan terkawal PKC masih agak autonomi daripada kerajaan pusat.

Unit Tentera Merah melancarkan perang gerila melawan tentera Jepun di kawasan luar bandar dan PKC mengambil kesempatan ke atas fokus kerajaan pusat untuk memerangi Jepun bagi mengembangkan kuasa dan pengaruh mereka.

Semasa Barisan Bersatu Kedua, keanggotaan PKC meningkat dari 40,000 orang kepada 1.2 juta orang, dan saiz Tentera Merah melonjak dari 30,000 anggota kepada hampir sejuta.

Apabila Jepun menyerah diri pada tahun 1945, kuasa Soviet yang menerima penyerahan tentera Jepun di Timur Laut China telah menyerahkan sejumlah besar senjata dan peluru kepada PKC.

perang saudara china antara pkc dan kmt

Perang saudara di antara PKC dan KMT diteruskan pada tahun 1946.

Pada tahun 1949, Tentera Merah PKC mengalahkan tentera kerajaan pusat di Nanjing dan kerajaan Republik China yang diketuai oleh KMT melarikan diri ke Taiwan.

Pada 10 Oktober 1949, Mao Zedong mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China (PRC) di Beijing.

Walaupun terdapat parti politik lain di China, termasuk 8 parti demokratik kecil, China adalah negara satu parti dan Parti Komunis mengekalkan monopoli kuasa.

Parti politik lain berada di bawah kepimpinan Parti Komunis dan berkhidmat dengan peranan penasihat.

Kongres parti setiap lima tahun

kongres parti komunis china

Sebuah Kongres Parti di mana Jawatankuasa Pusat dipilih, diadakan setiap lima tahun. yang mana dihadiri oleh lebih 2,000 perwakilan.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat seramai 204 anggota akan memilih 25 Politburo (jawatankuasa pembuatan dasar utama parti komunis) Parti Komunis, yang kemudiannya memilih 9 anggota Jawatankuasa Tetap Politburo.

Terdapat 57 anggota parti apabila Kongres Parti Pertama diadakan pada tahun 1921 dan pada tahun 2007 di mana kongres ke-17 diadakan, jumlah anggota parti meninggkat kepada 73 juta orang.

pari komunis china diketuai xi jinping

Kepimpinan parti ditandai oleh generasi, bermula dengan generasi pertama yang memimpin Parti Komunis berkuasa pada tahun 1949. Generasi kedua diketuai oleh Deng Xiaoping, pemimpin era revolusi terakhir China.

Semasa generasi ketiga, yang diketuai oleh Jiang Zemin dan Zhu Rongji, PKC mengurangkan kepentingan kepimpinan tertinggi oleh seorang individu dan beralih kepada proses membuat keputusan berasaskan kumpulan di kalangan beberapa pemimpin kecil di Jawatankuasa Tetap Politburo.

Kepimpinan semasa PKC

parti komunis china 766

Generasi keempat diketuai oleh Hu Jintao dan Wen Jiabao.

Generasi kelima, terdiri daripada ahli-ahli Liga Pemuda Komunis dan anak-anak pegawai tinggi, yang dipanggil 'Princelings,' mengambil alih pada tahun 2012.

Kuasa di China didasarkan pada skim piramid dengan kuasa tertinggi di bahagian atas.

Jawatankuasa Tetap Politburo memegang kuasa tertinggi, yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan parti terhadap kerajaan dan tentera.

Ahli-ahlinya mencapai tahap ini dengan memegang jawatan tertinggi dalam Majlis Negeri, yang mengawasi kerajaan, Kongres Rakyat Kebangsaan- perundangan getah China, dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, yang menjalankan angkatan bersenjata.

Asas Parti Komunis meliputi peringkat wilayah, daerah, dan perbandaran Kongres Rakyat dan Jawatankuasa Parti.

Rujukan:

1. Thought Co

2. Britannica

3. China Briefing




Hakcipta iluminasi.com (2017)