simen agdestein sebagai guru

Apabila kita sebut berkenaan pemain catur, pasti kita akan menyebut nama-nama terkenal seperti Garry Kasparov, Bobby, Fischer, Anatoly Karpov, Viswanathan Anand atau juara dunia ketika ini, Magnus Carlsen dari Norway tetapi kisah ini adalah kisah guru kepada Magnus Carlsen, iaitu Simen Agdenstein.

Namanya mungkin jarang didengari tetapi kebolehan Agdenstein membuatkan dia adalah antara pemain catur paling unik yang pernah dilahirkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Simen Agdenstein adalah seorang rakyat Norway yang lahir pada 15 Mei 1967. Anak kepada seorang jurutera sivil dan setiausaha, Agdenstein menjadi juara catur peringkat kebangsaan Norway ketika usia 15 tahun, bergelar International Master pada usia 16 tahun sebelum diiktiraf dengan gelaran tertinggi Grandmster ketika berumur 18 tahun.

Mengungguli kejohanan-kejohanan catur di Norway pada era 1980-an, Agdenstein bukan sahaja berbakat besar dalam sukan catur. Di sinilah uniknya dia berbanding atlit-atlit lain.

simen agdestein penyerang bola prolifik

Agdestein juga adalah seorang pemain bola sepak serentak dengan karier caturnya dan dia bukanlah sekadar pemain bola sepak bertahap biasa. Karier bola sepaknya bermula ketika dia berusia 17 tahun pada tahun 1984, dengan menyertai kelab Lyn Oslo. Karier bola sepak beliau bermula perlahan namun beliau menjadi penyerang prolifik bagi kelabnya pada musim 1987 hingga 1990.

Prestasi cemerlangnya dalam posisi penyerang meyakinkan pihak pengendali skuad kebangsaan Norway untuk memanggilnya bermain dengan pasukan kebangsaan pada tahun 1988. Karier Agdestein dalam pasukan kebangsaan berakhir pada penampilan ke 8 dan beliau hanya sempat menjaringkan satu gol sebelum kecederaan menyebabkan karier bola sepaknya terputus.

simen agdestein dan anak muridnya

Ini menjadikan Agdestein satu-satunya individu dalam sejarah dunia mewakili negara pada dua kejohanan serentak iaitu catur dan bola sepak, satu pencapaian yang sukar diulangi. Apatah lagi pencapaian itu dikecapi dalam dua sukan yang mempunyai disiplin yang cukup berlawanan.

simen agdestein karier kelab bolasepak

Kini sudah berumur 50 tahun, Agdestein lebih banyak menghabiskan masa mengajar di Valler Upper Secondary School sebagai guru dan melatih pemain-pemain catur baru melalui Norwegian School of Elite Sport, dengan Magnus Carlsen sebagai bukti kejayaan kejurulatihan beliau. Agdestein pernah juga mencuba nasib dalam rancangan realiti TV di Norway bertajuk 'Strictly Come Dancing' yang memerlukan peserta menari., namun bakatnya tidak disitu.

simen agdestein pemain catur dan striker bola

Pada 2015, Simen Agdestein tewas kepada prodigi baru catur Norway, seorang budak perempuan bernama Lykke-Merlot Helliesen yang ketika itu baru berumur 6 tahun. 6 tahun mampu kalahkan Grandmaster Catur Dunia!

Selepas kekalahan beliau, Agdestein mengakui kebolehan Helliesen mungkin melebihi Magnus Carlsen ketika sama usia, memberi kemungkinan potensi Helliesen dalam catur mempunyai siling yang lebih tinggi berbanding juara dunia ketika ini.

Yang penting, andai kata Helliesen juga berminat untuk menceburi karier bola sepak, Agdestein bersedia melatihnya. Bukan senang nak jumpa pemain catur bertaraf dunia dan penyerang bola sepak bertaraf antarabangsa dalam satu rangka yang sama.

Rujukan

News.com.au

Magnus Carlsen

The Footballer and The Chess Grandmaster




Hakcipta iluminasi.com (2017)